Helikopter PDRM Terhempas: Dua Kru Dilaporkan Kritikal, Tiga Lagi Stabil

Difahamkan, insiden itu berlaku pada pukul 10.15 pagi tadi di Gelang Patah, Johor.

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua daripada lima anggota polis yang terlibat dalam insiden helikopter terhempas ketika latihan Multilateral Nuclear Security Detection Exercise (MITSATOM 2025), dilaporkan berada dalam keadaan kritikal

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata tiga lagi mangsa dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

"Alhamdulillah, dengan pertolongan dan bantuan daripada doktor pakar di HSA, saya percaya kita dapat memberikan rawatan terbaik kepada mereka. Kita doakan mereka sembuh dan dapat berkhidmat seperti biasa, insya-Allah," katanya.

Menurut beliau, kelima-lima anggota polis itu menerima rawatan segera dengan bantuan doktor pakar di hospital sejurus selepas insiden berlaku.

SAYS.com
Image via Kosmo!

Difahamkan, tiga daripada mangsa merupakan anggota Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala dua orang lagi bertugas di Balai Polis Tanjung Kupang

"Daripada lima kru holikopter itu, dua agak kritikal yang menyebabkan mereka memerlukan bantuan pernafasan manakala yang lain itu dalam keadaan stabil. Mereka terdiri daripada masing-masing kru lelaki dan wanita," katanya lagi.

Terdahulu, helikopter AS355 milik PDRM itu dilaporkan terhempas berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Gelang Patah pada pukul 10.15 pagi tadi ketika melakukan lintas hormat sebagai demonstrasi sempena latihan MITSATOM 2025, yang melibatkan empat negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: