HealthLand Umum 24 Cawangannya Ditutup Sementara Susulan Terima Perintah Mahkamah

Semua temu janji yang telah dibuat juga dibatalkan sehingga diberitahu kelak.

Enlarge text
Cover ImageCover image via HealthLand
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa cawangan pusat kesihatan terkenal, HealthLand, dilaporkan telah ditutup sementara mulai 16 Ogos lalu

Menurut notis rasmi syarikat itu, penutupan tersebut berkait dengan isu pematuhan undang-undang selepas menerima Perintah Mahkamah No: BA-22NCC-159-08/2025 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Ogos.

SAYS.com
Image via HealthLand (Facebook)

24 cawangan terjejas termasuk di KLCC, Penang & Mont Kiara

Semua temu janji yang telah dibuat juga dibatalkan sehingga diberitahu kelak. Pelanggan yang sudah membuat tempahan akan dihubungi secara langsung oleh pihak HealthLand.

Antara cawangan yang terlibat ialah di:

  • Bandar Utama
  • Bukit Jalil
  • Desa ParkCity
  • Kepong
  • Kuchai Lama
  • Mont Kiara
  • Serdang
  • Setapak
  • Sri Hartamas
  • Sri Petaling
  • SS17
  • Taman Desa
  • Taman Segar
  • Ukiyo Hotel
  • Uptown
  • Komune Living & Wellness
  • Ampang
  • Royals HL SS2 New
  • Royals HL Puchong Jaya
  • Nusa Bestari
  • Penang
  • KLCC3
  • KLCC4
  • VE Hotel

HealthLand dakwa jadi mangsa 'sabotaj berterusan' sejak awal 2024

SAYS.com
Image via Happy Go KL

Difahamkan, penutupan itu berlaku selepas video kenyataan rasmi dikeluarkan kira-kira 14 minggu lalu oleh pihak pengurusan HealthLand.

Dalam kenyataan tersebut, mereka mendakwa syarikat berdepan dengan pelbagai bentuk sabotaj sejak awal tahun 2024, termasuk:

  • Protes berbayar di luar cawangan
  • Surat ugutan dihantar kepada kakitangan dengan nama penuh
  • Intimidasi seperti kereta dirosakkan & mesej WhatsApp tanpa nama
  • Ancaman bunuh terhadap pekerja serta ugutan peribadi kepada pengurusan dan ahli keluarga

Jurucakap syarikat turut menuduh ia sebahagian daripada rancangan teratur untuk melemahkan syarikat dan merampas pengurusan secara paksa.

Malah, seorang bekas pengarah dilaporkan ditahan pada Mac 2025 sebagai sebahagian siasatan polis yang masih berjalan.

Dalam video sama, HealthLand memohon maaf kepada pelanggan dan memberi jaminan bahawa semua pakej yang dibeli masih sah dan akan dipanjangkan

Mereka juga menyifatkan penutupan ini sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula, dengan janji untuk bangkit semula bersama kakitangan serta pelanggan setia.

Sejak ditubuhkan pada 2013, HealthLand dikenali sebagai pusat kesihatan keluarga dengan puluhan cawangan di seluruh negara.

Sebelum ini, HealthLand pernah menunaikan komitmen pelanggan dengan memanjangkan lebih 130,000 jam pakej yang tidak sempat digunakan ketika pandemik COVID-19.

Buat masa ini, semua cawangan kekal ditutup dan tiada tarikh pembukaan semula diumumkan. Pelanggan disarankan untuk mengikuti perkembangan terkini melalui akaun rasmi Facebook dan Instagram HealthLand.

Lihat video di bawah:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: