Hatyai Dilanda Banjir, Ribuan Rakyat Malaysia Dilaporkan Masih Terkandas Di Thailand

Difahamkan, polis pelancong Thailand dan pihak berkuasa tempatan telah digerakkan sepenuhnya serta sedang aktif menguruskan keadaan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kira-kira 4,000 rakyat Malaysia di Hat Yai dan kawasan berhampiran terkesan akibat banjir yang sedang melanda, namun semuanya dilaporkan selamat, menurut Kementerian Luar Malaysia

Menerusi laporan Bernama, kementerian berkata setakat petang Sabtu, kebanyakan daripada mereka yang terjejas sedang menginap di hotel bertingkat, meskipun terdapat yang mengalami gangguan
sementara bekalan elektrik dan akses makanan ekoran gangguan setempat.

Kementerian Luar, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla dan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, sedang memantau rapat situasi banjir dan akan mengeluarkan perkembangan terkini keadaan di sana apabila perlu.

"Konsulat Jeneral di Songkhla telah mengaktifkan pasukan operasinya bagi membantu rakyat Malaysia yang mungkin terkandas atau memerlukan bantuan.

"Konsulat Jeneral juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, hotel dan kumpulan rakyat Malaysia di kawasan terjejas," kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan media.

SAYS.com
Image via Yih Spek (Facebook)

Polis Pelancong Thailand dan pihak berkuasa tempatan telah digerakkan sepenuhnya dan sedang aktif menguruskan keadaan

Keadaan cuaca dijangka bertambah baik, dengan hujan lebat diramalkan berhenti pada Ahad. Paras air banjir dijangka surut dan keadaan keseluruhan dijangka pulih menjelang Isnin (24 November).

Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di Hat Yai dan kawasan sekitarnya supaya kekal berada di dalam bangunan jika boleh, mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan berhati-hati di kawasan terjejas banjir.

Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Konsulat Jeneral di Songkhla atau Kedutaan Besar di Bangkok digesa berbuat demikian.

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di +(66 74) 311 062 bagi pertanyaan umum, +(66 74) 316 274 atau +(66 81) 990 1930 untuk kecemasan, dan +(66 74) 324 004 atau 312 353 untuk bantuan tambahan, atau e-mel [email protected].

Mereka juga boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di +66-2340-5720 bagi urusan umum, +66-2340-5731 atau 5732 bagi urusan konsul pada waktu pejabat, +66-87-028-4659 untuk kecemasan pada hujung minggu dan cuti umum, +66-2340-5721 sebagai talian tambahan, atau e-mel [email protected].

SAYS.com
Image via Yih Spek (Facebook)
SAYS.com
Image via Yih Spek (Facebook)

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, ketika dihubungi Bernama, menggesa rakyat Malaysia yang terkandas supaya bertenang dan memberi jaminan bahawa Konsulat Jeneral sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi membantu mereka yang terkesan.

"Kebanyakan pelancong Malaysia terkandas di Bandar Hat Yai, dan ramai yang menghubungi untuk mendapatkan bantuan, khususnya makanan dan susu bayi kerana mereka tidak dapat bergerak akibat paras air banjir yang tinggi,"
katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: