Harta Larry Ellison Kini Lebih RM1.7 Trilion Selepas Lonjakan Saham Oracle, Hampir Pintas Elon Musk

Saham syarikatnya, Oracle naik mendadak hampir 36% dalam sehari.

Enlarge text
Cover Image
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bukan lagi Elon Musk, Larry Ellison tiba-tiba melonjak jadi antara individu terkaya dunia selepas saham Oracle, syarikat yang beliau tubuhkan sejak 1977 naik mendadak hampir 36% dalam sehari

Menurut laporan CNBC, kenaikan ini menjadikan nilai pegangan sahamnya mencecah AS$380 bilion (lebih RM1.7 trilion), hanya sedikit di belakang Elon Musk yang kini dianggarkan bernilai AS$437 bilion. Malah, Bloomberg melaporkan Ellison sempat memintas Musk seketika di carta bilionair dunia.

Walaupun berusia 81 tahun, Ellison masih aktif sebagai pengerusi dan CTO Oracle. Tidak seperti Marc Benioff (Salesforce) yang jual sahamnya beransur-ansur, Ellison kekal memegang lebih 1.1 juta saham Oracle selama lebih 25 tahun.

Oracle mengumumkan unjuran besar dengan kontrak tertunggak kini AS$455 bilion, naik 359% setahun, manakala hasil cloud dijangka melonjak dari AS$10 bilion kepada AS$144 bilion menjelang 2030.

Oracle kini menjadi tumpuan dunia untuk AI

Image via Financial Times

Syarikat itu kini jadi tumpuan utama dunia bagi aspek kecerdasan buatan (AI). CEO Safra Catz mengatakan syarikat itu telah tandatangan kontrak besar dengan nama-nama besar seperti OpenAI, xAI, Meta, Nvidia dan AMD.

Dengan nilai pasaran kini melebihi AS$920 bilion, Oracle berdiri sebaris dengan 10 syarikat terbesar dalam S&P 500, malah jauh lebih besar daripada pesaing seperti Workday dan ServiceNow.

Selain dunia teknologi, Ellison juga kini hadir dengan pelbagai langkah strategik. Beliau membeli syarikat kesihatan Cerner dengan harga AS$28 bilion, melancarkan Ellison Institute of Technology di Oxford dan baru-baru ini terlibat dalam penggabungan Paramount-Skydance bernilai AS$8 bilion. Malah, beliau juga jadi pembekal infrastruktur AI yang rapat dengan OpenAI.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik