Harian Metro & DRB-HICOM Anjur Pertandingan Pantun Bertemakan Peribahasa Peringkat Negeri Selangor

Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Selangor, jom hantar penyertaan!

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Dijana AI (ChatGPT)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Harian Metro dengan kerjasama rakan strategiknya, DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM), buat julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan Pantun Bertemakan Peribahasa yang terbuka kepada pelajar sekolah menengah di negeri Selangor

Penganjuran pertandingan ini mencerminkan komitmen DRB-HICOM sebagai peneraju industri automotif negara dan Harian Metro sebagai media arus perdana dalam memperkukuh jenama masing-masing dalam kalangan generasi muda.

Pada masa yang sama, ia menjadi platform penting untuk memperjuangkan seni sastera pantun serta mencungkil bakat dan kreativiti pelajar agar warisan berharga ini terus segar dan tidak dilupakan zaman.

Pertandingan ini turut mendapat sokongan serta kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), badan berkanun yang dipertanggungjawabkan memartabatkan bahasa Melayu, dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Majlis pelancaran pertandingan diadakan baru-baru ini di Balai Berita Bangsar sebagai simbolik jalinan kerjasama antara Harian Metro dan DRB-HICOM.

SAYS.com

HUSAIN Jahit (tengah) bersama Cairil Irwan (dua dari kiri) hadir sama Jasbant Singh (dua dari kanan), Farrah Naz (kanan) dan Pengurus Besar Komunikasi Strategik Kumpulan, Nur Balkish Hood melakukan gimik pelancaran pada Majlis Pelancaran Pertandingan Pantun dan Peribahasa DRB Hicom bersama Harian Metro 2025.

Image via Aswadi Alias/Harian Metro

Turut hadir, Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa (NCA), Jasbant Singh; Timbalan Pengarang Urusan Kumpulan NCA dan Pengarang Kumpulan New Straits Times, Farrah Naz Abd Karim; Pengarang Kumpulan Harian Metro, Husain Jahit; Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro, Muhamad Safar Ahmad; serta Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Yusri Abdul Malek.

Manakala DRB-HICOM diwakili oleh Ketua Pegawai Komunikasi, Cairil Irwan Amir dan Pengurus Besar Komunikasi Strategik Kumpulan, Nur Balkish Hood.

Mengulas mengenai penganjuran ini, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Hussain Jahit berkata, "Harian Metro merasa teruja untuk menganjurkan pertandingan pantun ini buat pertama kali bersama rakan strategik kami, DRB-HICOM. Pertandingan ini menjadi landasan penting dalam memperkukuh peranan sastera Melayu sebagai warisan kebangsaan. Ia bukan sahaja menggalakkan penghayatan pantun dan peribahasa, tetapi juga membentuk generasi pelajar yang lebih kreatif, berdaya saing serta berbangga dengan identiti budaya mereka."

"Bagi memastikan kelancaran serta ketepatan penggunaan bahasa dan sastera Melayu dalam pertandingan ini, kami turut mendapat kerjasama DBP yang akan menyediakan panel juri rasmi. Harapan kami agar pertandingan ini dapat menarik minat generasi muda untuk terus menghayati dan memelihara keindahan seni pantun, supaya ia tidak dilupakan,"
tambah beliau.

Pertandingan pantun bertemakan peribahasa ini dibuka kepada pelajar sekolah menengah harian Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di negeri Selangor

SAYS.com
Image via Harian Metro

Antara butiran penting pertandingan adalah seperti berikut:

  • Penyertaan awal: 12 Ogos – 31 Ogos 2025
  • Format kumpulan: 3 pemantun + 1 simpanan
  • Pantun saringan: 3 rangkap balasan + pautan video interaktif dihantar melalui Google Form
  • Peringkat suku akhir & separuh akhir: 23 September 2025
  • Peringkat akhir: 29 September 2025 di Dewan Bahasa dan Pustaka


Lapan kumpulan terbaik akan dipilih ke peringkat suku akhir. Daripada itu, empat kumpulan akan mara ke separuh akhir, sebelum dua kumpulan terbaik bertanding di pentas akhir.

Persembahan akhir bakal menampilkan segmen Pantun Lakon, iaitu gabungan seni pantun dengan elemen lakonan yang menambah warna baharu kepada tradisi pantun.

Untuk maklumat lanjut penyertaan, pelajar boleh mengimbas kod QR rasmi di poster atau mengikuti laman sosial Harian Metro.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: