Harga Tiket Paling Mahal Piala Dunia 2026 Dijual Lebih RM28,000 Sekeping
Jualan tiket ini dijangka mencetuskan perebutan hebat dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa jualan tiket Piala Dunia 2026 akan dibuka secara berfasa bermula bulan ini
Menerusi laporan dari Buletin TV3, harga tempat duduk paling murah bagi perlawanan peringkat kumpulan bermula serendah AS$60 (kira-kira RM253).
Namun, bagi mereka yang teringin merasai detik bersejarah menyaksikan final secara langsung, tiket dijual pada harga setinggi AS$6,710 (sekitar RM28,370)
FIFA dalam kenyataannya berkata, harga tiket akan berubah mengikut permintaan dan tersedia dalam beberapa pilihan: tiket untuk perlawanan tunggal, tiket khusus untuk venue tertentu, serta pakej khas mengikut pasukan pilihan.
Jualan peringkat pertama ini dijangka mencetuskan perebutan hebat dalam kalangan peminat bola sepak seluruh dunia memandangkan Piala Dunia 2026 akan berlangsung dengan format baharu dan lebih banyak pasukan, lebih banyak perlawanan, dan pastinya lebih banyak drama di atas padang.

Gambar sekadar hiasan.
Image via BBC48 pasukan bertanding, jumlah terbesar dalam sejarah Piala Dunia
Dalam pada itu, sebanyak 48 pasukan, jumlah terbesar dalam sejarah Piala Dunia, akan beraksi di Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico dari 11 Jun hingga 19 Julai tahun depan.
FIFA memaklumkan, pra-jualan tiket khas untuk pemegang kad Visa akan berlangsung dari 10 hingga 19 September. Peminat perlu mendaftar FIFA ID terlebih dahulu di laman web rasmi untuk menyertai undian rawak pra-jualan itu.
Jika terpilih, mereka boleh mula membeli tiket perlawanan bermula 1 Oktober ini.
Setiap individu hanya dibenarkan membeli maksimum empat tiket bagi setiap perlawanan, dan tidak lebih daripada 40 tiket keseluruhan kejohanan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Morocco World NewsFasa penjualan seterusnya akan dilancarkan dalam bulan-bulan akan datang, dengan pendaftaran untuk fasa kedua dijadualkan pada 27 hingga 31 Oktober bagi jualan dari pertengahan November hingga awal Disember.
Manakala, fasa ketiga akan bermula sejurus selepas undian kejohanan berlangsung di Washington pada 5 Disember dan peminat boleh mengemukakan permohonan untuk perlawanan tertentu.
Lebih hampir dengan kejohanan, peminat boleh membeli baki tiket yang ada berdasarkan prinsip siapa cepat dia dapat.
FIFA dalam satu kenyataan berkata pihaknya merancang untuk menawarkan produk tambahan seperti tiket penyokong bagi peminat yang mahu duduk bersama penyokong pasukan sama, dan tiket penyokong bersyarat bagi peminat yang mahu menempah tempat di pusingan kalah mati jika pasukan mereka mara. FIFA juga akan melancarkan platform jualan semula rasmi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 