Harga Sayur Dijangka Naik Sehingga 50% & Melambung Tinggi Di Pasaran
Difahamkan, cili merah sahaja sudah mencecah RM15 sekilo.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Harga sayur-sayuran kini telah melambung tinggi di pasaran dan kenaikan ketara akan meningkat tidak lama lagi
Dilaporkan oleh Harian Metro, kenyataan ini telah dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang memberi amaran bahawa harga sayur boleh meningkat sehingga 50% dalam jangka masa pendek sebelum menurun ke setakat 30%.
Pegawai Pendidikan CAP NV Subbarow berkata, penanam sayur di Cameron Highlands sudah memberi amaran bahawa harga bahan itu boleh melonjak.
Saranan kepada rakyat Malaysia supaya mula tanam sayur sendiri
CAP juga telah memberi saranan untuk rakyat Malaysia mula menanam sayur mereka sendiri.
"Tanam di atas tanah secara semula jadi dan ia akan mengurangi kos yang lebih tinggi, selain itu amalkan kaedah kompos dengan mengguna sisa dapur sendiri bagi mendapatkan baja yang sihat,
"Tanam di rumah boleh menjimatkan kos dan penanaman sayur-sayuran hijau yang boleh dimakan tidak memerlukan ruang besar," ujar Subbarow.

"Tanaman bendi, terung, cili, sawi, kangkung, kailan, bayam, pudina, pegaga, kesum dan selom boleh ditanam dengan mudah walaupun di balkoni," katanya lagi.
Selain itu, penanam sayur juga telah mengadu bahawa harga baja dan kos pengangkutan lebih terbeban, dan pekerja di ladang juga menuntut gaji lebih tinggi.
"Penanam sayur mengadu kepada CAP bahawa harga baja dan kos pengangkutan sudah menjadi beban besar bagi mereka manakala pekerja di ladang juga menuntut gaji lebih tinggi kerana kebanyakannya adalah warga asing," katanya.
Harga sayur sudah meningkat di dua negeri
Dilaporkan oleh Kosmo, harga sayur di dua negeri telah meningkat sebanyak 20 hingga 30% berikutan peningkatan kos pengangkuran ekoran kenaikan harga diesel beserta cuaca panas yang berterusan.

Bekalan masih stabil dan mencukupi ketika ini, tetapi tinjauan yang dibuat oleh Kosmo! di pasar awam dan premis jualan runcit di Johor dan Shah Alam, harga kini kian meningkat.
Mungkin ini masanya untuk kita mengeluarkan bakat menanam sayur-sayuran yang mudah di rumah.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 