“Harap Bantuan SARA, Tapi Mahu Parkir Khas” – Individu Selar Sikap Segelintir Penghuni Flat
Parkir tu terbuka untuk awam bukan untuk dicop.
Cover image via @dnshfurqan (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Zaman sekarang, isu melibatkan mentaliti penghuni perumahan kos rendah atau flat sering kali menjadi tumpuan hangat di media sosial
Terutamanya apabila ia menyentuh soal sikap 'besar kepala' dalam ruang komuniti.
Terbaru, tular satu kritikan pedas yang menyelar segelintir penghuni yang dikatakan terlalu menuntut hak istimewa seperti petak parkir khas, sedangkan pada masa yang sama mereka masih mengharapkan bantuan subsidi kerajaan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk kelangsungan hidup.

Flat B40 tapi selera T20
Menerusi satu perkongsian tular di laman Threads oleh pengguna @dnshfurqan, dia meluahkan rasa geram terhadap sikap penduduk yang gemar "mencop" parkir, satu tindakan mementingkan diri yang sepatutnya tidak berlaku di kawasan kediaman kongsi.
Dengan nada tegas, dia menyelar golongan ini yang dianggap tidak sedar diri dengan kedudukan ekonomi mereka.
"Majoriti flat B40 mengharapkan bantuan SARA, tapi selera T20 reserved f**king. Nak parkir jangan duduk flat," katanya.
Kelihatan beberapa buah tong diletakkan di petak parkir sebagai taktik "cop" untuk memastikan ruang tersebut kekal menjadi hak peribadi mereka.
Berang dengan tindakan mementingkan diri itu, individu berkenaan bertindak menyepak tong-tong tersebut yang jelas tidak sepatutnya berada di kawasan larangan tersebut.
Untuk rekod, perbuatan menempah petak parkir menggunakan objek seperti kerusi, kon, mahupun berdiri di atas petak tersebut merupakan satu kesalahan undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan seterusnya, denda boleh meningkat sehingga RM4,000 atau penjara sehingga 12 bulan.
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



