Hanya ‘Happy Boom’ & ‘Pop-Pop’ Sahaja Dibenarkan Ketika Tahun Baharu Cina
Hanya mercun telur naga dan mercun bawang sahaja dibenarkan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pihak polis hanya membenarkan penjualan bunga api jenis "Happy Boom" dan mercun "Pop-pop" sahaja bagi sambutan Tahun Baharu Cina
Menurut laporan dari Bernama, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata hanya kedua-dua jenis mercun dan bunga api ini sahaja yang selamat untuk digunakan kerana tidak mempunyai bahan letupan yang membahayakan keselamatan orang awam.
Tambahan lagi, beliau juga mengatakan penjualan mercun dan bunya api tersebut masih memerlukan permit dari Ibu Pejabat Daerah (IPD).
Untuk pengetahuan orang ramai, 'Happy Boom' juga lebih dikenali sebagai mercun telur naga dan 'Pop-pop' sebagai mercun bawang.
Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957
"Sesiapa yang memiliki, menjual dan membeli atau bermain mercun serta bunga api selain daripada yang dibenarkan bolehdikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Leputan 1957 (Akta 207)" katanya dalam kenyataan semalam.
Selain itu, beliau turut menambah mereka yang disabit kesalahan, individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Beliau juga mengingatkan orang supaya tidak bermain mercun dan bunga api melebihi jam 12 tengah malam untuk mengelakkan gangguan dan bahaya kepada orang ramai.
Sekali lagi, beliau menegaskan bahawa memiliki, menjual, membeli atau bermain mercun dan bunga api tanpa kebenaran adalah satu kesalahan di sisi undang-undang tidak kira mana-mana perayaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 