Hannah Yeoh Dedah Belia Di Malaysia Paling Ramai Terjebak Dengan Aktiviti Judi Online
Difahamkan, isu ketagihan gajet dan penggunaan berlebihan masih menjadi kebimbangan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengakui belia negara ini banyak terjebak dalam aktiviti perjudian dalam talian
Pengakuan ini dibuat ketika menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) berhubung usaha KBS untuk membendung risiko penipuan dan manipulasi dalam sukan elektronik atau esukan.
"Perjudian haram dalam talian melibatkan belia… Yang ini memang tinggi juga. Tapi data saya tak ada sekarang," ujar beliau di Dewan Rakyat semalam.

Usaha mempromosikan esukan di sekolah dikhuatiri menyumbang penagihan gajet
Beliau mengakui isu ketagihan gajet dan penggunaan berlebihan masih menjadi kebimbangan.
"Justeru kawalan dan bimbingan bermula dari rumah oleh ibu bapa agar minat terhadap esukan dapat diuruskan secara seimbang. Setakat ini, tiada promosi secara aktif dilaksanakan (di sekolah) sama ada oleh KBS atau Kementerian Pendidikan (KPM)," katanya.
Menurut laporan dari Berita Harian, Kementerian Belia Sukan (KBS) sedang menyediakan kertas cadangan dan draf garis panduan pelaksanaan esukan di sekolah.
"Mulai tahun depan, KPM menilai dan memberikan sokongan kepada penganjuran esukan oleh agensi luar yang melibatkan murid, bagi tujuan pengiktirafan markah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum." kata Hannah Yeoh.

Sokongan ini hanya akan diberikan kepada penganjur yang menggunakan judul permainan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Penilai Judul Permainan.
Ini juga termasuk jawatankuasa unit psikologi dan kaunseling dari Kementerian Kesihatan (KKM).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 