Hancurkan Bisnes Keluarga, Bapa Heret Anak Sendiri Ke Lokap Selepas Habiskan RM9.8 Juta Bagi ‘Gift’
Difahamkan, duit itu juga tidak boleh didapatkan semula jika tidak diklasifikasikan sebagai duit yang dicuri.
Cover image via City News ServiceFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lebur hati seorang bapa apabila terpaksa membawa anaknya sendiri kepada polis
Seorang bapa dari Zhengzhou telah membawa anak perempuannya ke muka keadilan untuk mendapatkan kembali 17 juta yuan (RM9.82 juta) duit simpanan keluarga.
Menurut laporan di City News Service, anak perempuan berusia 19 tahun itu telah memecah amanah dengan mencuri duit perniagaan keluarga selama 16 bulan hanya untuk menjadi pemberi tip terbesar di salah satu platform penstriman di China.
Lebih RM6.35 juta diberikan kepada streamer, selebihnya untuk berjudi
Sebanyak 11 juta yuan (RM6.35 juta) telah diberikan kepada streamer sebagai hadiah. Manakala untuk 6 juta yuan (RM3.46 juta) selebihnya digunakan untuk permainan video unboxing kad yang juga merupakan salah satu jenis judi kad.
Perniagaan keluarganya kini telah bankrap dan berhutang jutaan ringgit kepada pemiutang ujar bapa perempuan yang bernama Zhu itu.

Kumpulan livestream yang berkaitan.
Image via City News Service"Dia akan dikenakan hukuman 10 tahun di penjara jika disabitkan kesalahan," ujar Zhu.
"Setelah dia keluar, dia akan berada di dalam umur 30-an. 17 juta yuan itu adalah duit simpanan keluarga. Saya tidak dapat menjelaskan perkara ini kepada pemiutang. Duit itu pula hanya boleh didapatkan semula jika secara undang-udang ia diklasifikasikan sebagai wang yang dicuri," tambah Zhu lagi.
Anaknya digelar sebagai "Number One Sister" di platform streaming itu
Anak Zhu, dengan nama Xiao Meng telah digelar sebagai bang yi da jie "Number One Sister" kerana telah menjadi pemberi tip paling No.1 di platform penstriman itu. Dia juga telah mendapat tempat pertama untuk beberapa stream yang lain.
Zhu mengatakan syarikat mereka kini telah bankrap dan berhutang besar. Walaupun perkara ini telah berlaku, anaknya tetap menghabiskan masa menggunakan telefonnya.
"Saya telah menghubungi streamer-streamer yang berkaitan, mereka tidak mahu memulangkan duit itu.
"Saya merasakan anak saya akan masuk ke penjara dan duit itu tidak dapat dipulangkan," katanya lagi.
Zhu seorang yang tidak dapat membaca dengan baik telah melatih anak perempuannya itu untuk menjaga kewangan syarikatnya dan memberikan kawalan penuh setelah melatihnya selama 2 tahun.
Dia akhirnya tersedar terdapat wang yang hilang pada tahun 2024 dan anaknya sendiri mengaku dia telah memberi tip kepada streamer lebih kurang 500,000 (RM288 ribu) hingga 600,000 (RM346 ribu).Xiao Meng juga berjanji untuk memberhentikan aktiviti ini.
Bagaikan mencurah air ke daun keladi, semuanya terbongkar pada November 2025 apabila Zhu mahu mengeluarkan duit untuk pembelian stok barangan, anaknya mengatakan akaun perniagaan mereka telah kosong.
Rekod bank menunjukkan Xiao Meng telah membuat begitu banyak transaksi bermula 17 Julai 2024. Transaksi itu begitu banyak sehingga ada hari yang Xiao Meng mengeluarkan wang sebanyak 160,000 yuan (RM92 ribu).

Rekod transaksi Xiao Meng.
Image via City News ServicePeguam mengatakan jumlah penyelewengan ini adalah "sangat besar" dan Xiao Meng akan berdepan dengan hukum penjara 10 tahun hingga penjara seumur hidup.
Zhou menjelaskan jika wang itu disahkan mahkamah sebagai dana curi, pihak agensi dan platform penstriman itu wajib memulangkannya kembali.
Jika platform itu gagal untuk melaksanakan proses pengesahan indentiti yang betul dan tidak mengeluarkan amaran risiko transaksi luar biasa, mereka boleh dipertanggungjawabkan untuk membayar ganti rugi.
Kes ini menunjukkan ketagihan tidak mengira jenis apa-apa pun boleh merosakkan kehidupan diri sendiri dan orang tersayang dan menghancurkan masa depan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



