Hampir 96% Responden Sokong Hukuman Sebat Ke Atas PATI Dilaksanakan

Difahamkan, lebih 3,000 responden bersamaan 96 peratus menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukuman tersebut.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Harian Metro & Berita Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu tinjauan awam yang dijalankan Harian Metro melalui saluran WhatsApp menunjukkan majoriti besar masyarakat menyokong pelaksanaan semula hukuman sebat terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melanggar undang-undang imigresen negara

Tinjauan yang dimulakan pada jam 12.15 tengah hari itu bertujuan mengukur pandangan orang ramai mengenai kewajaran hukuman sebatan dikenakan terhadap PATI yang memasuki negara tanpa permit sah atau memiliki dokumen palsu, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Sehingga jam 2 petang, lebih 3,000 responden bersamaan 96 peratus menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hukuman tersebut. Hanya empat peratus atau 131 responden merasakan hukuman itu tidak wajar untuk diteruskan.

Dapatan tersebut memperlihatkan sentimen jelas dalam kalangan masyarakat yang semakin tegas terhadap isu kemasukan tidak sah, terutama selepas beberapa siri operasi besar-besaran dilakukan pihak berkuasa kebelakangan ini.

SAYS.com
Image via Astro Awani

Hukuman sebatan sudah lama termaktub dalam undang-undang

Mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen, PATI yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, undang-undang juga membenarkan pesalah dikenakan sehingga enam sebatan, bergantung kepada keputusan mahkamah dan jenis kesalahan.

Walaupun peruntukan ini memang wujud sejak sekian lama, pelaksanaannya sering menjadi perbincangan awam terutama apabila membabitkan operasi penguatkuasaan besar yang melibatkan jumlah tangkapan tinggi.

SAYS.com
Image via Harian Metro

Isu penegakan undang-undang terus jadi perhatian

Sokongan tinggi dalam tinjauan itu menunjukkan kebimbangan masyarakat terhadap isu keselamatan, kemasukan tidak terkawal serta kesan sosial dan ekonomi berkaitan PATI.

Pada masa sama, ia membuka semula perdebatan mengenai keberkesanan hukuman fizikal dan kesesuaiannya dalam konteks hak asasi serta standard antarabangsa.

Bagaimanapun, keputusan akhir mengenai hukuman sentiasa bergantung pada penilaian mahkamah berdasarkan fakta kes dan prosedur undang-undang sedia ada.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: