Hampir 89,000 Kad OKU Autisme Didaftarkan Tahun Ini, Kesedaran Ibu Bapa Semakin Meningkat
Difahamkan, kesedaran ibu bapa lebih meningkat dan peka dengan pengesanan awal.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jumlah pendaftaran kad Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme kini telah meningkat kepada 89,000 tahun ini
Menurut laporan di Berita Harian, peningkatan ini telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Menurut beliau, peningkatan ini adalah hampir empat kali ganda berbanding tahun 2021 dengan hanya 23,000 orang yang telah berdaftar.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Focus on the FamilyIbu bapa lebih peka dengan pengesanan awal
Tambah beliau, peningkatan ini menunjukkan kesedaran rakyat dan ibu bapa yang lebih peka dengan pengesanan awal yang lebih berkesan.
Masyarakat juga kini semakin terbuka untuk mendapatkan diagnosis.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Image via BERNAMA"Perkara paling penting untuk masyarakat faham adalah autisme bukanlah satu penyakit. Ia merupakan satu spektrum perkembangan neurologi.
"Apabila kita faham perkara ini, barulah kita dapat membuang stigma. Hakikatnya, golongan ini mempunyai bakat neurodiversiti yang unik dan mampu cemerlang dalam pelbagai bidang seperti sains, seni, dan teknologi," katanya.
Selain itu Dr Dzulkefly mengatakan, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Kertas Putih Kesihatan menggunakan pendekatan untuk memastikan terdapatnya intervensi awal, rawatan susulan yang baik dan sokongan untuk golongan berkenaan membina kerjaya.
KKM beserta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) juga akan memperkasa Pusat Pemulihan Dalam Komuniti untuk memastikan tiada orang yang tercicir.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 