Hampir 57 Tan Makanan Bazar Ramadan Tak Habis Dijual Dalam 19 Hari, Minuman Paling Banyak Dibazirkan

Difahamkan, perkara itu didedahkan oleh MYSaveFood menerusi operasi penyelamatan makanan yang dijalankan di 123 bazar Ramadan di seluruh Malaysia.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Harian Metro
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sepanjang 19 hari Ramadan tahun ini, hampir 57 tan lebihan makanan dari bazar Ramadan di seluruh negara terpaksa diselamatkan selepas tidak habis dijual

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Menurut laporan Kosmo!, perkara itu didedahkan oleh MYSaveFood menerusi operasi penyelamatan makanan yang dijalankan di 123 bazar Ramadan di seluruh Malaysia.

Pengarah MYSaveFood Ramadan 2026, Ainul A'syara Kamal, sebanyak 56,848 kilogram makanan dengan nilai dianggarkan RM720,025 berjaya dikutip sepanjang tempoh tersebut.

Data itu diperoleh hasil pengumpulan maklumat harian yang dilaksanakan oleh pasukan sukarelawan daripada Pemuda Gema Malaysia.

Minuman antara paling banyak tidak terjual

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via BERNAMAImage via

Antara juadah yang paling banyak tidak habis dijual di bazar Ramadan ialah:

  • Minuman
  • Kuih-muih
  • Nasi berlauk
  • Nasi atau mi goreng
  • Lauk-pauk

Lebihan makanan tersebut kemudian diselamatkan sebelum diagihkan kepada golongan yang memerlukan bagi mengelakkan pembaziran.

Isu pembaziran makanan setiap Ramadan

Fenomena lebihan makanan di bazar Ramadan bukan perkara baharu dan sering berlaku setiap tahun.

Namun, menerusi inisiatif penyelamatan makanan oleh MYSaveFood dan Pemuda Gema Malaysia, makanan yang tidak habis dijual dapat dimanfaatkan semula, sekali gus membantu golongan memerlukan serta mengurangkan pembaziran makanan sepanjang bulan Ramadan.

Like Facebookfollow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: