Guru Tadika Rugi RM100,000 Gara-Gara Scammer Berjaya Menyamar Jadi Suaminya
Licik betul scammer tu ya.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang guru tadika berusia 52 tahun berputih mata selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai suaminya menerusi aplikasi WhatsApp
Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku ketika suami mangsa yang bekerja sebagai pengurus besar di sebuah syarikat swasta sedang berada di China atas urusan kerja selama seminggu.
Semuanya bermula apabila wanita itu menerima mesej daripada nombor telefon luar negara menggunakan gambar profil serta nama yang sama seperti suaminya.

Scammer terbabit dipercayai telah menggodam akaun WhatsApp suami mangsa dan berlakon seolah-olah dia benar-benar suami wanita itu
"Pada masa yang sama, suami sebenar mangsa ke luar negara atas urusan kerja selama seminggu di China.
"Scammer yang menggodam WhatsApp suaminya telah menyamar dan memberitahu wanita berkenaan akaun bank milik 'suaminya' tidak dapat digunakan untuk urusan perniagaan.
"Tanpa fikir panjang dan soal selidik, mangsa terus membuat tujuh transaksi ke tiga akaun berlainan dipercayai akaun keldai berjumlah RM100,000," katanya.
Mangsa hanya menyedari ditipu selepas menghubungi suami sebenar untuk bertanyakan tentang bayaran balik. Suaminya kemudian memaklumkan bahawa akaun WhatsApp miliknya telah digodam
Mengetahui dirinya diperdaya, wanita berkenaan segera membuat laporan polis. Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 402 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti dalang di sebalik kejadian tersebut.
Raub turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan mesej mencurigakan, terutama yang melibatkan permintaan wang walaupun datang daripada kenalan rapat atau ahli keluarga.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 