Guru Berjaya Cetak 4,414 Helai Dokumen, Raih Penghargaan Paling Aktif Guna Mesin Fotostat Sekolah

Mesin fotostat itu menggunakan sistem log masuk ID pekerja untuk setiap cetakan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @cikgu.aiman (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang guru mencuri tumpuan warganet apabila kisahnya menerima penghargaan luar biasa di sekolah tular di media sosial

Bukan kerana pencapaian akademik atau anugerah inovasi, tetapi kerana rekodnya sebagai individu paling banyak menggunakan mesin fotostat.

Pengiktirafan yang jarang sekali diberikan itu mencetuskan pelbagai reaksi lucu dan kagum dalam kalangan netizen, yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk penghargaan jujur terhadap tugas sebenar seorang pendidik.

SAYS.com
Image via @cikgu.aiman (TikTok)

Mesin fotostat itu menggunakan sistem log masuk ID pekerja untuk setiap cetakan

Menerusi perkongsian video oleh @CikguAiman di TikTok, kelihatan guru berkenaan menerima penghargaan selepas mencatat jumlah cetakan luar biasa iaitu sebanyak 4,414 helai dokumen, menjadikannya pengguna paling aktif mesin fotostat di sekolahnya.

Difahamkan, mesin fotostat berkenaan menggunakan sistem log masuk ID pekerja bagi setiap urusan cetakan, sekali gus membolehkan jumlah penggunaan direkod dengan tepat dan telus.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan penghargaan unik itu, malah ada yang berseloroh menyifatkannya sebagai "anugerah paling realistik untuk seorang guru," menggambarkan cabaran sebenar dunia pendidikan masa kini.

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik