Gurauan Picit Jerawat Bertukar Tragedi, Suami Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Otak

Semoga kisah tragis ini menjadi pengajaran buat kita semua supaya tidak memandang remeh jangkitan di wajah.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @burhansyfq1 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tragedi yang berlaku di negara jiran, Indonesia, baru-baru ini menjadi tular dan membuka mata ramai tentang bahayanya memicit jerawat sehingga boleh membawa maut

Kisah yang menyedihkan ini seharusnya menjadi peringatan buat kita semua agar tidak memandang ringan terhadap jerawat yang muncul di "kawasan bahaya", iaitu dari sekitar hidung hingga ke sudut bibir kiri dan kanan.

Menerusi video di akaun TikTok @burhansyfq1, sebuah kisah menyayat hati yang tular di media sosial melibatkan pasangan suami isteri yang menjalani hubungan jarak jauh (PJJ) di Indonesia menjadi pengajaran besar tentang risiko kesihatan yang sering dipandang remeh.

SAYS.com
Image via @burhansyfq1 (TikTok)

Tindakan memicit jerawat di kawasan tersebut mengakibatkan jangkitan kuman merebak pantas ke sistem saraf pusat

Tragedi bermula apabila si isteri secara berseloroh memicit jerawat di bahagian hidung. Difahamkan, suaminya itu kerja jauh merantau yang sedang pulang bercuti dari kerja.

Meskipun dianggap sebagai gurauan biasa untuk menghilangkan ketidakselesaan, tindakan tersebut rupanya mengundang padah yang tidak disangka-sangka.

Keesokan harinya, si suami mula mengadu sakit kepala yang luar biasa dan mengalami demam tinggi yang berlarutan.

Keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila kawasan hidungnya membengkak kemerahan manakala rasa sakit merebak hingga ke bahagian belakang kepala.

Setelah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi, ujian makmal mendedahkan terdapat pembekuan darah di dalam hidung yang telah mencetuskan pendarahan hebat sehingga ke pembuluh otak.

SAYS.com
Image via @burhansyfq1 (TikTok)

Pihak perubatan menjelaskan bahawa jerawat tersebut terletak di kawasan yang dikenali sebagai "segitiga kematian", iaitu zon sensitif yang mempunyai saluran darah terus ke otak.

Jangkitan kuman akibat tindakan memicit jerawat di kawasan tersebut telah merebak dengan pantas ke sistem saraf pusat.

Walaupun pembedahan kecemasan telah dilakukan bagi menyelamatkan nyawa mangsa, beliau akhirnya disahkan meninggal dunia dua hari kemudian.

"Dua hari selepas pembedahan, suamiku disahkan meninggal dunia dan ketika itu juga aku jatuh pengsan, malah dunia seakan-akan terhenti buat seketika.

"Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat semua agar kita sentiasa mencari maklumat terlebih dahulu dan mengendalikan masalah kesihatan dengan cara yang betul, bukannya secara sembarangan. Saya memohon doa daripada anda semua agar suamiku tenang di sana," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik