Golongan Ibu Kongsi Anak-Anak Tukar Gambar Profil Di Netflix – “Perli Si Ibu Cara Halus”

Perli cara halus, ibu garang sangat.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang ibu telah berkongsi anaknya telah menukarkan gambar profil dinosaur

Wanita dengan nama @dayahsamsuddin di Threads berkongsi bahawa anaknya baru-baru ini menukarkan gambar profil kepada dinosaur.

"Anak update profile Netflix. Korang tengok la diorang tukar profile pic mama diorang. Nak cakap depan-depan tak berani, gitu ja diorang buat," katanya.

Wanita itu mengatakan anak-anaknya tidak berani untuk berhadapan dengannya, sebaliknya menggunakan cara 'halus' untuk membuat protes.

Gambar profilnya ditukarkan kepada dinosaur tetapi ayahnya seekor rubah. Adik-beradiknya juga ditukarkan menjadi dinosaur.

SAYS.com
Image via @dayahsamsuddin / Threads

Ramai lagi ibu kongsi pengalaman yang sama

Rupa-rupanya bukan dia sahaja tetapi ibu-ibu lain turut berkongsi perkara yang sama apabila gambar profil mereka ditukarkan kepada dinosaur atau watak-watak yang garang.

Lebih melucukan majoriti profil bapa-bapa mereka hanya gambar-gambar haiwan atau watak-watak yang comel.

Seorang ibu menerima nasib yang sama apabila gambar profil miliknya ditukarkan kepada seekor dinosaur @rabiyatul_ruby di Threads.

"Senasib…biar gambar berbicara," ujar Rabiyatul.

SAYS.com
Image via rabiyatul_ruby / Threads

Dinosaur telah menjadi antara gambar profil yang paling banyak ditukarkan untuk ibu-ibu ini.

SAYS.com
Image via @jimmysyzwn / Threads

Seorang wanita bernama @myna_nor juga berkongsi gambar di mana dia ditukar kepada kucing 'garang' dari K-pop Demon Hunter, tetapi profil suaminya ialah watak bayi dari Baby Boss.

SAYS.com
Image via @myna_nor / Threads

"Dia cakap mak dia nampak garang dan tak suka sepah," ujar myna.

Ada juga ibu yang menunjukkan profil dia ditukarkan kepada gambar ikan jerung.

"Hurmmm….bertabahlah sis…saya anak letak gambar shark," kata @missnorazlinmn di Threads.

SAYS.com
Image via @missnorazlinmn / Threads

Paling melucukan, ada seorang anak yang menukarkan gambar profil ibunya menjadi monyet.

"Anak I. Anak bertuah betul," kata @zarithmfs di Threads.

SAYS.com
Image via @zarithmfs / Threads

Beginilah perangai anak-anak mereka sebenarnya, mahu protes tetapi takut dengan ibu bapa, jadi cara ini sahaja mereka buat untuk protes kepada ibu bapa mereka.

Perlu juga diingatkan ini hanyalah untuk hiburan sahaja, ibu bapa dan anak-anak mestilah menjalinkan hubungan yang baik dan sentiasa menunjukkan teladan yang baik untuk mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: