Globalisasi Al-Quran, World #QuranHour Pecah Tradisi Guna Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Utama
Keputusan menggunakan bahasa Inggeris dibuat bagi memperluaskan capaian mesej ke peringkat antarabangsa, selari dengan nama 'World' yang dibawa kempen tersebut.
Cover image via Berita HarianFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Buat pertama kalinya sejak diperkenalkan, penganjuran World #QuranHour 2026 tampil dengan kelainan apabila akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris
Menurut laporan Sinar Harian, program yang memasuki tahun ke-11 itu bakal berlangsung pada 11 Mac 2026 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Ketua Pegawai Content Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail, berkata, keputusan menggunakan bahasa Inggeris dibuat bagi memperluaskan capaian mesej ke peringkat antarabangsa, selari dengan nama 'World' yang dibawa kempen tersebut.
Difahamkan, sebelum ini akses kefahaman terhadap mesej program agak terhad khususnya di peringkat global.
"Tahun ini kita memilih bahasa Inggeris dengan harapan mesej untuk menobatkan al-Quran sebagai panduan hidup dapat dicapai bukan sahaja rakyat Malaysia, malah seluruh dunia," katanya.

Ketua Pegawai Content Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail
Image via Sinar HarianBerteraskan Surah Al-Muzzammil
Menariknya, World #QuranHour 2026 akan mengangkat Surah al-Muzzammil, surah ke-73 yang mengandungi 20 ayat, sebagai fokus utama.urah ini berperanan sebagai panduan kepada Nabi Muhammad SAW dalam memperkukuh jati diri ketika berdepan fasa tugas yang lebih besar.
Tema tahun ini pula ialah Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Menurut Fazrul, mesej tersebut amat relevan dengan situasi semasa yang mencabar, justeru masyarakat digalakkan menghayati 'formula daripada Pencipta' untuk memperkukuh diri, negara dan dunia.
Diserikan Keberangkatan Tengku Ampuan Pahang
Penganjuran kali ini turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang juga Ketua Perlembagaan UIAM.
Sejak diperkenalkan 11 tahun lalu, World #QuranHour dilaksanakan secara serentak di pelbagai negara dengan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang, menggunakan bahasa masing-masing.Antara rakan media yang terlibat termasuk IKIM FM, Astro Oasis (penyiar utama), TV AlHijrah, Media Prima, TV9, Astro Awani, Bernama, dan Sinar Harian.
Fazrul turut berharap lebih ramai anak muda, institusi pengajian tinggi (IPT) serta pelbagai pihak dapat bersama-sama hadir bagi memeriahkan program tersebut.
Dengan pendekatan baharu ini, World #QuranHour 2026 dilihat bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu gerakan global untuk mengangkat Al-Quran sebagai panduan membentuk manusia sebelum membina dunia.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



