Giliran Ultras Malaya ‘Gegar’ Kedutaan AS, Turun Bersolidariti Untuk Global Sumud Flotilla
Laungan 'Israel Bangsat' turut kedengaran.
Cover image via Ultras MalayaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan Israel terhadap sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) hanya menambahkan amarah warga seluruh dunia, lebih-lebih lagi buat rakyat Malaysia
Semalam, sekumpulan Ultras Malaya muncul berarak ke kedutaan Amerika Syarikat. Mereka telah membawa sepanduk dan kain rentang dengan sokongan penuh untuk GSF.

Israel kini telah menahan hampir kesemua kapal sukarelawan GSF dan masih belum ada lagi berita mengenai kapal yang berjaya melepaskan diri dari tangkapan Israel.
500 ahli Ultras Malaya telah berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat dari LRT Ampang Park pada 9 malam tadi
Menurut Berita Harian, Ultras Malaya juga turut melaungkan kata-kata semangat dan nyanyian lagu 'Israel Bangsat' sambil membakar suar.
Ultras Malaya kemudiannya berhenti dan berhimpun di hadapan pintu masuk utama Kedutaan AS.
Ketika perarakan itu berlaku, trafik dan lalu lintas ketika itu sesak di laluan Sungai Besi dan Jalan Pahang.

Pihak polis juga membantu dengan kawalan ketat bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



