Geng Jurugambar Haram KLCC Mengamuk, Dua Lelaki Cedera Di Kepala
Difahamkan, kegiatan jurugambar haram masih berleluasa walaupun telah dibuat aduan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dua lelaki cedera di kepala dipercayai menjadi mangsa jurugambar haram di Menara Berkembar Petronas (KLCC)
Kejadian ini dilaporkan oleh Mohd Fadli Salleh menerusi hantaran Facebook miliknya dua hari lepas.
Kegiatan jurugambar haram ini telah lama menjadi duri dalam daging di sekitar KLCC yang menawarkan perkhidmatan mengambil gambar dengan harga yang tidak masuk akal terutamanya kepada pelancong luar negara.
Pergaduhan bermula apabila sekumpulan individu yang didakwa sebagai jurugambar haram bertindak agresif terhadap pelancong asing.

Gambar sekadar hiasan.
Image via SuriaKLCCPecah kepala kena pukul senjata
"Pecah kepala member kena pukul dengan senjata, tak pasti senjata apa dekat KLCC.
"Geng dia ramai, berpuluh orang. Masa itu dia bergaduh dengan pelancong asing sampai tahap pukul pelancong," katanya.
Dua mangsa yang juga peniaga air balang kebetulan cuba untuk meleraikan kejadian tetapi mereka pula diserang secara beramai-ramai oleh kumpulan jurugambar haram tersebut.
"Member yang jual air balang kebetulan ada di situ, pergi nak leraikan pergaduhan itu. Sekali geng photographer haram datang pukul beramai-ramai," tambahnya lagi.
Seorang daripada mangsa itu dikenakan tujuh jahitan di kepala manakala seorang lagi sebanyak dua jahitan di kepalanya.

Menurut Mohd Fadli, pukul curi itu berlaku ketika pergelutan dan rakannya itu diserang dari belakang dengan senjata yang tidak diketahui. Air balang perniagaan mereka juga dipecahkan.
Kes jurugambar haram ini juga telah dibuat aduan dan rungutan daripada ramai pihak, tetapi masih berleluasa di sekitar KLCC.
Laporan polis telah dibuat oleh Mohd Fadli dan dia berharap agar DBKL dan PDRM lebih tegas untuk membanteras kegiatan jurugambar haram ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 