Geng Basikal Dakwa Pemandu Bas Sengaja Nak Langgar, Netizen Pula Nampak Lain

Netizen 'korek' balik gambar dari sisi lain.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @spaceramenn (Instagram)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah video yang tular di TikTok menjadi bualan hangat netizen apabila memaparkan pertengkaran antara sekumpulan kayuhan basikal dan pemandu bas di Jalan Bestari, Kuala Selangor

Menerusi video di TikTok, kelihatan situasi tegang antara kedua-dua individu, dipercayai berpunca daripada isu laluan dan keselamatan di jalan raya. Suasana menjadi panas apabila kedua-duanya saling berbalas kata.

"Kami menunggang basikal di laluan sebelah kiri sebelum datang pemandu bas yang memandu secara berbahaya menghampiri kami." Dakwa salah seorang penunggang basikal.

Dalam pada itu, seorang individu tampil memberikan sisi cerita sebenar berkaitan insiden tular pertengkaran antara penunggang basikal dan seorang pemandu bas yang mencetuskan perhatian ramai di media sosial.

Menerusi Instagram stories yang dikongsi semula oleh penyanyi rap Caprice, lelaki yang dipercayai salah seorang penunggang dalam video tersebut mendakwa pemandu bas berkenaan bertindak kasar dan agresif tanpa sebarang provokasi.

Menurutnya, kejadian itu berlaku secara mengejut, walaupun kumpulan mereka tidak mengganggu aliran trafik mahupun melintas secara berbahaya.

SAYS.com
Image via @capricedaddycap (Instagram)
SAYS.com
Image via @capricedaddycap (Instagram)

Netizen dakwa geng basikal salah sebab lalu tengah-tengah jalan raya

Sementara itu, seorang individu tampil berkongsi semula gambar daripada rakaman video salah seorang penunggang basikal terbabit.

Di dalam gambar itu dapat dilihat kumpulan penunggang basikal bergerak bersebelahan atas jalan raya dan bukan dalam satu barisan seperti yang sepatutnya.

Tindakan itu jelas menimbulkan risiko, apatah lagi mereka menggunakan laluan utama dan bukan berada di bahu jalan atau lorong kecemasan.

Ramai yang berpendapat, ini bukan lagi sekadar hobi sihat, tapi perbuatan yang boleh mengganggu aliran trafik dan membahayakan pengguna jalan lain termasuk diri sendiri.

Malah, netizen turut persoalkan tindakan kumpulan tersebut yang menyebarkan maklumat penuh pemandu bas, sedangkan dalam rakaman itu sendiri jelas mereka melanggar etika keselamatan jalan raya.

SAYS.com
Image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)
SAYS.com
Image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)
SAYS.com
Image via Mohd Fadli Salleh (Facebook)

Lihat video di bawah:

@spaceramenn

Replying to @a:xxa exactly true. Hence we always prioritize safety & always riding on the left lane. Here's a full story from earlier morning.

♬ original sound – slmanfrish – slmanfrish
Image via

Apa-apa pun harap mereka dapat selesaikan masalah ini dengan baik.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik