Gempar Fenomena Cahaya Misteri Muncul Di Langit Bintulu, Sarawak – “Ramai Terpegun & Teruja”
Difahamkan, fenomena ini digelar sebagai tiang cahaya (light pillars).

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Warga Bintulu, Sarawak semalam digemparkan dengan satu fenomena alam yang jarang berlaku dan dapat dilihat di langit malam Bintulu.
Fenomena ini digelar sebagai tiang cahaya (light pillars) yang baru sahaja berlaku di Sarawak semalam.

Melalui laman Facebook Bintulu INFO, gambar light pillar ini telah dikongsikan dan ramai terpegun dengan kejadian ini yang tidak disangka akan berlaku di Sarawak.

Cahaya tersebut adalah bewarna jingga dan berbentuk seperti tiang dan kejadian di Bintulu ini juga digelar sebagai "red sprite".
Ia adalah fenomena elektrik yang berlaku tinggi di atmosfera sekitar 50-90km di atas permukaan Bumi.
Jadi apa itu tiang cahaya?

Tiang cahaya ialah satu fenomena optik di atmosfera yang kelihatan sebagai jalur cahaya menegak memanjang ke atas atau bawah dari satu sumber cahaya.
Cahaya ini juga boleh datang dalam pelbagai bentuk yang lain
Kejadian ini akan berlaku apabila cahaya dipantulkan oleh kristal ais yang berbentuk heksagon, nipis dan rata yang terapung di udara disebabkan keadaan yang sangat sejuk.
Kristal ais ini akan bertindak sebagai cermin kecil yang memantul banyak cahaya secara menegak.
Tambahan lagi tiang cahaya ini boleh berlaku pada waktu yang berbeza dari cahaya semulajadi atau tiruan.
Antara waktu fenomena ini boleh berlaku adalah dari matahari ( ketika terbit atau terbenam), bulan dan juga daripada lampu kereta pada malam yang sejuk.
Ramai orang dinasihatkan agar tidak panik dengan fenomena semulajadi ini atau mengeluarkan kenyataan tidak berasas yang berkaitan dengan mistik mahupun luar angkasa.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



