Gempa Bumi Gegar Surau Di Segamat, Imam & Ahli Kariah Panik Saat Solat Subuh

MetMalaysia dalam kenyataannya mengesahkan gegaran pertama berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi

Enlarge text
Cover ImageCover image via BERNAMA (Facebook)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suasana tenang solat Subuh dekat Surau Kampung Sanglang, Buloh Kasap di Segamat, Johor bertukar cemas apabila gegaran kuat disusuli dentuman

Ia menyebabkan sebahagian skirting siling surau itu terjatuh pada pagi semalam, lapor BERNAMA.

Imam Saniman Abdul Samad, 63 berkata gegaran itu jelas terasa ketika jemaah berada di tahiyat akhir.

SAYS.com
Image via BERNAMA (Facebook)

Dia meluahkan rasa syukur kerana runtuhan itu tidak mengenai sesiapa namun menyifatkannya pengalaman pertama menghadapi gempa bumi lebih lebih lagi ketika sedang menunaikan solat.

Bagi penduduk sekitar Buloh Kasap, situasi itu bukanlah sesuatu yang asing kerana ada yang teringat semula kejadian serupa tahun lalu meskipun gegaran pagi itu lebih kuat daripada sebelumnya.

Image via BERNAMA (Facebook)

Gegaran selama 20 saat di kediaman

Seorang penduduk, Ahmad Asri Talib, 52, menceritakan detik awal sekitar jam 6.15 pagi apabila terdengar bunyi letupan sebelum rumahnya di Taman Pawana, Kampung Tengah, bergegar seperti digoncang.

Katanya, dalam tempoh kira-kira 20 saat itu, pintu gelangsar rumahnya turut bergetar seolah-olah ditendang.

"Tidak lama selepas itu, suasana sekitar jadi riuh-rendah kerana ramai jiran keluar rumah terkejut dengan gegaran. Kejadian ini mengingatkan saya pada insiden sama tahun lalu, juga berlaku pada bulan Ogos," katanya.

Ahmad Asri turut berkongsi, dia sekali lagi merasai gegaran pada jam 9 pagi ketika bersarapan di sebuah kedai makan di Pekan Jabi.

Dia berharap pihak berkuasa dapat mempertimbangkan pemasangan alat pengesan gempa bumi bagi meningkatkan kesiapsiagaan di kawasan itu.

MetMalaysia dalam kenyataannya mengesahkan gegaran pertama berlaku di Segamat pada jam 6.13 pagi dengan kekuatan magnitud 4.1, diikuti gegaran kedua pada jam 9 pagi di Yong Peng dengan magnitud 2.8, kira-kira 28 kilometer dari Barat Laut Kluang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: