Gempa Bumi Di Rusia, Tiada Ancaman Tsunami Kepada Negara Setakat Ini – MetMalaysia
Beberapa negara telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia.
Cover image via @TheBelaaz (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tiada ancaman tsunami terhadap Malaysia susulan gempa bumi kuat yang melanda luar pantai timur Kamchatka, Rusia, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 7.24 pagi ini waktu Malaysia berlaku pada jarak 107 kilometer Tenggara dari Petropavlovsk Kamchatskiy, Rusia dengan kedalaman 42 kilometer.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bermagnitud 8.7 itu berlaku 126 km ke timur-tenggara Petropavlovsk-Kamchatsky.
Media antarabangsa melaporkan beberapa negara mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa itu antaranya Jepun, Amerika Syarikat, Filipina dan Indonesia.

Wisma Putra pantau amaran tsunami di pantai Pasifik Jepun, tiada rakyat Malaysia terjejas
Sementara itu, Kementerian Luar Negeri memaklumkan sedang memantau dengan teliti situasi di Jepun susulan amaran tsunami yang dikeluarkan oleh Agensi Meteorologi Jepun pada Rabu.
Amaran itu dikeluarkan selepas gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter melanda berhampiran Semenanjung Kamchatka, Rusia sekitar 8:25 pagi waktu tempatan.
Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran gelombang tsunami setinggi satu hingga tiga meter dijangka tiba di kawasan pantai yang menghadap Pasifik termasuk Hokkaido timur, Semenanjung Boso, Kepulauan Ogasawara, sebahagian Shizuoka, Semenanjung Kii dan Prefektur Miyazaki.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata, setakat ini tiada laporan mengenai rakyat Malaysia yang terjejas.
Bagaimanapun, semua rakyat Malaysia di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berjaga-jaga, mematuhi arahan keselamatan pihak berkuasa tempatan dan mengikuti perkembangan situasi melalui saluran rasmi.
"Warga Malaysia yang menetap atau sedang melalui kawasan terjejas digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo dan kekal berhubung bagi memastikan bantuan boleh diberikan dengan segera jika diperlukan," menurut kenyataan itu.
Untuk sebarang bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo di talian +81334763840 atau talian kecemasan +818043223366 atau melalui e-mel [email protected] / [email protected].
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



