Gara-Gara Tunjuk Kemaluan Di Khalayak Ramai, Lelaki Maut Dipukul Orang Awam Di Melaka

Difahamkan, tujuh suspek berusia 15 hingga 66 tahun ditahan, termasuk seorang warga Pakistan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki berusia 51 tahun maut selepas didakwa dibelasah oleh sekumpulan individu yang berang dengan tindakannya menunjukkan kemaluan di kawasan parkir sebuah pasar raya di Bandar Jasin Bestari, Melaka

Menurut laporan Sinar Harian, insiden yang berlaku sekitar jam 7.30 malam Ahad itu menyaksikan mangsa yang juga merupakan seorang penganggur didakwa melakukan gangguan seksual di tempat awam sebelum diserang secara beramai-ramai.

Mangsa yang merupakan lelaki tempatan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata siasatan awal mendapati dua individu yang berada di lokasi kejadian bertindak memukul mangsa selepas berang dengan perlakuannya

Mangsa kemudian cuba melarikan diri ke arah sebuah bangunan kedai berhampiran dan turut melintasi kawasan semak serta parit sejauh 200 meter dari lokasi asal.

Namun, usahanya untuk meloloskan diri gagal apabila dia berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

"Selain dua individu terbabit, terdapat tiga lagi suspek termasuk seorang pemandu lori yang membawa muatan tong gas dipercayai telah menendang kepala mangsa.

"Akibat kecederaan yang dialami mangsa meninggal di lokasi kejadian sebelum mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat,"
katanya.

Tujuh suspek berusia 15 hingga 66 tahun ditahan, termasuk seorang warga Pakistan

Kesemua suspek terdiri daripada orang awam, pekerja di sekitar kawasan kejadian, pelanggan pasar raya serta pemandu lori.

Mereka telah direman selama tujuh hari bermula Isnin oleh Mahkamah Majistret Jasin bagi membantu siasatan. Kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Hasil semakan lanjut pihak polis mendapati mangsa pernah disabitkan dengan dua kesalahan lampau pada tahun 2003 dan 2024, berkaitan kelucahan melampau mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

"Polis turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan terburu-buru yang tidak mengikut lunas undang-undang," katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook gambar dan video yang memaparkan seorang lelaki terbaring di atas jalan dan didakwa telah dibunuh orang awam selepas insiden gangguan seksual tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: