Gara-Gara Nak Tukar Seat Dalam Flight, Pelancong China Sanggup Hantar Emel Ancaman Ada Bom Palsu Di Semporna
Bahayanya!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Polis menahan sepasang pelancong warga China selepas mereka disyaki menghantar emel ancaman bom palsu kepada sebuah syarikat penerbangan semata-mata mahu tukar tempat duduk
Menurut laporan Malay Mail, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, pasangan berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Semporna pada jam 8 malam, Isnin lalu (23 September).
"Siasatan awal mendapati salah seorang suspek mengaku menghantar mesej palsu itu melalui aplikasi rasmi syarikat penerbangan," katanya.
Nak tukar tempat duduk sebelum transit ke Beijing

Difahamkan, pasangan itu dalam perjalanan dari Tawau ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke Beijing. Mereka mendakwa menghantar ancaman itu supaya pihak syarikat penerbangan memberi maklum balas lebih cepat terhadap permintaan penukaran tempat duduk.
"Suspek mendakwa membaca dari sebuah portal berita China bahawa cara paling pantas untuk dapatkan respon dari syarikat penerbangan adalah dengan membuat aduan berbentuk ancaman," katanya lagi.
Emel ancaman berkenaan telah dihantar ke ibu pejabat syarikat penerbangan di Kuala Lumpur sekitar jam 11.30 malam, 20 September lalu. Maklumat itu kemudian disalurkan kepada pasukan keselamatan syarikat penerbangan di Lapangan Terbang Tawau.
Pasangan terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 506 dan 505(b) Kanun Keseksaan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pihak Konsulat Jeneral Republik Rakyat China turut dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua individu tersebut.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 