Gara-Gara Minta Cerai, Lelaki Bertindak Hantar Isteri Ke Hospital Sakit Jiwa

Konflik bermula ketika Erika Oktaviani bertengkar dengan suami di pejabat dan meminta cerai.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu rakaman yang tular di platform TikTok dan Instagram baru-baru ini memaparkan situasi menyayat hati seorang wanita yang ditemui dengan pergelangan tangan terikat pada katil di sebuah hospital sakit jiwa di Jakarta Barat

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada tindakan suaminya yang berang selepas wanita berkenaan menuntut perceraian.

Konflik antara pasangan tersebut dilaporkan mula memuncak pada 27 Januari lalu apabila Erika Oktaviani terlibat dalam pertengkaran mulut dengan suaminya, Anthony Hamonongan, di ruang pejabat sambil disaksikan oleh ramai kakitangan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Erika dilihat sempat menyuarakan keinginan untuk bercerai sebelum beredar dari lokasi tersebut.

Namun, tanpa diduga, suaminya bertindak menghubungi hospital sakit jiwa dan membuat dakwaan palsu bahawa Erika sudah lama menderita gangguan mental bagi membolehkan isterinya ditahan di sana.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Bertindak menempatkan di hospital selama setahun dan menyatakan kesediaan untuk menanggung sepenuhnya kos

Anthony didakwa telah merancang strategi rapi untuk mengurung Erika di pusat rawatan tersebut selama setahun dengan jaminan akan menanggung segala kos perbelanjaan yang diperlukan.

Walau bagaimanapun, muslihat tersebut mula terbongkar apabila ibu Erika bertindak merakam keadaan anaknya di dalam hospital sakit jiwa berkenaan baru-baru ini.

Menerusi hantaran video tersebut, si ibu menegaskan bahawa menantunya sengaja melakukan perbuatan kejam itu sedangkan Erika berada dalam keadaan waras dan tidak pernah menghidap sebarang masalah mental.

"Kaki dan tangan semuanya diikat, dibikin gila oleh suaminya cuma kerana aset dan harta," kata ibu wanita itu.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Rumah Sakit Jiwa Soeharto Heerdjan pada Jumaat lalu, ibu kepada wanita berkenaan mendedahkan bahawa anaknya terlebih dahulu terlibat dalam pertengkaran mulut dengan suaminya ketika berada di pejabat sebelum kejadian tersebut berlaku

"Pelaku (Anthony) maklum pada mentuanya mahu bawa Erika ke hospital untuk berubat. Rupa-rupanya, dibawa ke hospital sakit jiwa dengan keterangan palsu," katanya.

Beberapa tangkap layar perbualan Anthony bersama keluarganya turut tular, mendedahkan niatnya untuk mengurung Erika di hospital sakit jiwa selama setahun.

Erika sebenarnya telah cuba meminta bantuan melalui nota kecil kepada pengawal keselamatan hospital agar menghubungi ibunya, namun malangnya surat itu diserahkan kepada suaminya sendiri.

Akibat daripada kegagalan itu, Erika akhirnya dikurung di dalam sebuah bilik dengan keadaan kaki dan tangan terikat pada katil serta diberikan suntikan ubat secara paksa.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik