Gara-Gara Datang Kerja Terlalu Awal, Wanita Ini Dipecat Kerana ‘Rajin Melampau’
Mahkamah menganggap tingkah laku pekerja itu sebagai serius untuk dikategorikan dalam salah laku berat.
Cover image via Firstsun (Gambar sekadar hiasan)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita Sepanyol menghadapi nasib yang luar biasa apabila dipecat bukan kerana datang lambat, tetapi kerana terlalu awal
Menerusi laporan Berita Harian, meskipun berkontrak untuk bermula pada jam 7.30 pagi, pekerja syarikat penghantaran di bandar pelabuhan Alicante itu konsisten tiba di antara jam 6.45 hingga 7 pagi.
Pemecatannya berlaku selepas dia berulang kali mengabaikan amaran majikan untuk mematuhi waktu permulaan kerja yang ditetapkan.
Tindakan wanita muda itu muncul awal di pejabat dan memulakan tugas lebih awal daripada rakan sekerja mencetuskan ketidakselesaan di pihak pengurusan.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Breathing spaceSudah diberi amaran, namun tetap datang awal
Walaupun diberi amaran pada tahun 2023, dia memilih untuk tidak mengubah tabiatnya.
Akhirnya, pada awal tahun ini, majikannya memecatnya atas alasan 'salah laku serius'.
Pihak majikan berhujah bahawa pekerja itu tidak menyumbang kepada syarikat kerana tiada sebarang tugas rasmi yang perlu dilakukan pada waktu dia tiba lebih awal.
Tidak menerima alasan pemecatan itu, wanita terbabit telah mencabar syarikat di mahkamah sosial Alicante.

Gambar janaan AI sekadar hiasan.
Apa yang mengejutkan, mahkamah membuat keputusan yang menyokong pihak majikan.
Mahkamah berpendapat bahawa tindakan wanita itu mengabaikan amaran yang berulang kali daripada pengurusan telah mewujudkan tingkah laku yang merosakkan hubungan majikan-pekerja.
"Tingkah laku pekerja menjejaskan hubungan, kepercayaan dan kesetiaan kerana walaupun selepas amaran syarikat, pengadu bertegas masuk (bekerja) sebelum masa yang ditetapkan," menurut keputusan mahkamah.
Mahkamah menganggap tindakan pekerja tersebut sebagai salah laku berat yang melibatkan ketidaksetiaan, ketidakpatuhan, dan pecah amanah, dan dengan itu penamatan hubungan pekerjaan adalah wajar.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



