Gaji Tak Cukup, Doktor Muda Di Johor Pinjam 7 Ah Long Untuk Biaya Percutian Mewah

Doktor itu kini terperangkap dalam kitaran hutang yang tidak berkesudahan.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang doktor muda berusia 27 tahun di Johor kini berdepan mimpi ngeri apabila 'tenggelam' dalam hutang selepas meminjam daripada beberapa kumpulan wang pinjaman tidak berlesen Ah Long

Semuanya demi menyaingi gaya hidup mewah rakan-rakannya. Menurut laporan China Press, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim memberitahu segalanya bermula dengan satu pinjaman kecil bernilai RM5,000 semata-mata untuk membiayai percutian.

Namun, semuanya berubah apabila dia mula meminjam daripada Ah Long lain pula, kali ini untuk membayar semula hutang yang terdahulu.

"Akhirnya dia terjerat dengan tujuh hingga lapan kumpulan Ah Long. Gaji bulanannya pun dah tak cukup nak tampung bayaran balik," kata Marina.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via NPR

Marina menyifatkan kes ini sebagai contoh "gali lubang, tutup lubang"

Difahamkan, doktor muda itu kini terperangkap dalam kitaran hutang yang semakin membelit, semuanya gara-gara tekanan untuk hidup bergaya dan kelihatan mewah di mata rakan-rakan.

Menurutnya, doktor tersebut akhirnya tampil meminta bantuan selepas menyedari keadaan kewangan sudah tidak terkawal dan mustahil untuk ditangani seorang diri.

SAYS.com

Marina bersama pembantunya.

Image via China Press

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar berfikir panjang sebelum membuat sebarang pinjaman, sama ada melalui saluran sah atau tidak apatah lagi jika tujuannya sekadar untuk mengejar keseronokan sementara.

"Tolong fikirkan keluarga dulu sebelum ambil keputusan terburu-buru macam ni," katanya, sambil menambah bahawa beliau sendiri pernah melihat ibu bapa terpaksa menjual aset dan harta demi menanggung hutang anak-anak yang tersilap langkah.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik