Gaji RM330K Pun Tak Bahagia, Lelaki Singapura Nak Pindah Malaysia Cari Ketenangan
Walaupun pendapatan tidak setinggi di Singapura, dia sudah bersedia untuk menerima kenyataan tersebut.
Cover image via MibreitFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai orang Malaysia nampak kerja di Singapura macam 'jalan pintas' untuk gaji besar
Memang tidak dinafikan, nilai mata wang yang lebih tinggi membuatkan tawaran kerja di sana nampak sangat menggiurkan.
Namun, realitinya tak seindah di media sosial, kos sara hidup yang tinggi, waktu kerja panjang, dan jarak perjalanan yang memenatkan boleh membuatkan ramai terkejut.

Gambar sekadar hasan.
Image via Nikkei AsiaPenat kerja sampai 'burn out', mahu pindah ke Malaysia
Tular apabila seorang lelaki warga Singapura mendedahkan hasratnya untuk berpindah ke Malaysia demi mendapatkan persekitaran yang lebih selesa dan kondusif untuk membesarkan anak.
Difahamkan, walaupun bekerja dalam sektor pendidikan dengan pendapatan sekitar SGD100,000 (RM330,000) setahun, dia mengakui sudah mengalami keletihan melampau atau burn out akibat tekanan kerja yang berpanjangan.
Luahan tersebut telah dikongsikan oleh lelaki berkenaan di platform Reddit.

"Saya berusia 35 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak, serta bekerja dalam sektor pendidikan di Singapura dengan pendapatan tahunan sekitar SGD100,000.
"Sejak kebelakangan ini, saya mula berasa letih dan hilang semangat dengan kehidupan di sini, malah sering terfikir untuk meninggalkan Singapura. Namun, memandangkan saya sangat rapat dengan keluarga besar, saya rasa pilihan paling sesuai adalah berpindah ke negara jiran.
"Kuala Lumpur nampak seperti pilihan yang menarik, dengan peluang yang mungkin lebih luas berbanding tempat lain di Malaysia. Cuma, saya tidak pasti di mana dan bagaimana mahu mula mencari pekerjaan korporat di sana.
"Saya juga tidak pasti apa yang saya harapkan sepenuhnya buat masa ini, tetapi hanya mahu berkongsi perasaan. Adakah di sini ada yang pernah meninggalkan "impian Singapura" untuk mengejar sesuatu yang lain di Malaysia? Bagaimana pengalaman anda, dan adakah rasa menyesal?," luahnya.
Dalam perkongsian itu, dia turut mengakui bahawa pendapatan yang bakal diperoleh di Malaysia mungkin tidak setinggi di Singapura, namun dia sudah bersedia untuk menerima kenyataan tersebut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



