Gaji RM13,000 Belum Tentu Senang, Realiti Hidup Bandar Boleh ‘Menjatuhkan’ T20 Ke B40 – Asyraf Wajdi

Hmm betul lah tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Sinar Harian
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Label pendapatan seperti T20, M40 dan B40 sering dijadikan ukuran tahap kehidupan seseorang keluarga

Namun hakikat sebenar di bandar besar tidak semudah angka di atas kertas.

Itulah yang dibangkitkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki apabila menegaskan bahawa pendapatan isi rumah RM13,000 sebulan belum tentu menjamin kehidupan yang benar-benar selesa.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata kos sara hidup yang semakin tinggi terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur boleh menyebabkan keluarga yang secara teknikal dikategorikan sebagai T20 sebenarnya hidup seperti golongan M40, malah ada yang terasa seperti B40 selepas semua komitmen bulanan ditolak.

SAYS.com

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Image via Sinar Harian

"Hati-hati menafsir kategori T20 atau M40. Pendapatan isi rumah RM13,000 tinggal di bandar seperti KL, anak 5 orang masih bersekolah dan universiti boleh jatuh ke M40, bahkan B40. MARA ambil kira semua ini sebelum luluskan pembiayaan," katanya.

Asyraf Wajdi turut memberi contoh situasi pasangan suami isteri yang kedua-duanya bekerja sebagai guru dengan pendapatan sekitar RM6,500 seorang

Di atas kertas, jumlah gabungan RM13,000 mungkin nampak tinggi. Namun apabila perlu menanggung sewa atau rumah, bayaran kereta, kos penjagaan anak, yuran pendidikan, makan minum, pengangkutan dan pelbagai komitmen lain, baki yang tinggal setiap bulan mungkin jauh lebih kecil daripada disangka.

"Bila digabungkan menjadi pendapatan isi rumah RM13,000 dan tinggal di bandar-bandar besar, tiga orang anak di universiti atau kolej, manakala tiga lagi masih bersekolah, cuba kira perbelanjaan mereka?" soalnya.

Kenyataan itu sekali lagi membuka perbincangan mengenai jurang antara statistik pendapatan dan realiti kehidupan sebenar rakyat di bandar besar, khususnya dalam keadaan kos sara hidup yang terus meningkat dari tahun ke tahun.

Lihat posting di bawah:

SAYS.com
Image via DR ASYRAF WAJDI DUSUKI (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: