Gajah Di Zoo Negara Dilumur Dengan Kunyit Adabi, Tak Sangka Ini Manfaatnya!
Zoo Negara berkolaborasi bersama Adabi sempena anjuran Program Gajah Kunyit Adabi.
Cover image via @zoonegara_malaysia & @adabi_consumer (Instagram)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, pihak Zoo Negara Malaysia telah bekerjasama dengan Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. bagi menganjurkan Program Gajah Kunyit Adabi
Menerusi hantaran di Instagram, program tersebut telah dijayakan pada Rabu, 30 Julai 2025.
"Program ini berlangsung dengan lancar dan semua yang terlibat menikmati pengalaman yang menyeronokkan sambil memperoleh pelbagai maklumat baharu mengenai gajah," kongsinya.


Tahukah anda, banyak sebenarnya manfaat kunyit kepada kulit gajah
Antaranya seperti anti-radang, antioksidan dan antipatogen yang membantu mempercepatkan penyembuhan luka kulit.
"Di Zoo Negara, kami menggunakan Kunyit Adabi sebagai rawatan alternatif bagi gajah yang mengalami masalah kulit, bergantung pada jenis luka dan keadaannya. Ia juga sesuai digunakan untuk merawat luka kecil!
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. atas penajaan kunyit bagi menjayakan program serta pengalaman yang unik ini," tulisnya lagi.


Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



