Gadis Minta Orang Ramai Berhati-Hati Dengan Lelaki Di TBS – “Kalau Makanan Pun Boleh Curi”

Hati-hati korang yang pergi TBS tu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @r.esya (Threads)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, kecoh di laman Threads apabila seorang gadis berang gara-gara makanan yang dibeli untuk berbuka dicuri dua orang lelaki tak dikenali

Menerusi perkongsian daripada @r.esya, gadis itu memberitahu bahawa dia meletakkan makanannya di atas meja sementara dia menolong ibunya angkat barang ke bawah

Namun, sebaik saja dia datang semula ke mejanya, semua makanan KFC yang dibeli sudah hilang.

"Beware everyone with this guy at TBS. If makanan pon boleh dia curi, inikan barang berharga korang! Jangan memain dengan perempuan tengah craving!! Tak tahulah dugaan apa bulan puasa ni.

"Kita ni craving sesangat KFC, kita tinggalkan kejap atas meja cause tolong mom angkat barang sampai bawah. And i put my spec dkt atas meja menandakan still ada orang dkt meja tu. when i dkt bawah i tengok atas ada bayang2 dkt meja i duduk tadi. I agak dah makanan mcm kena rembat,"
katanya.

Mula-mula tak nak mengaku salah, tapi bila kantoi terus tutup muka

"Bila naik atas, tinggal my spec and my coffee je. That time nak nangis dah makanan hilang. Then i pergi tandas nearly escalators i nak basuh tangan tetiba terdetik nk buang coffee dkt tong sampah area surau.

"Then i nk balik i nampak 2 guy ni tengah makan kfc, yg buat i yakin lagi sbb kotak lagi satu tinggal tulang je and my botol mineral. I sergah diorang, memula dia deny, until i cakap i nampak dia dri bawah and that time dia dh sorokkan muka dia.

"Tak kisahlah orang nak cakap 'makanan je' tapi i sedihlah i craving baru dapat makan sikit but kena curi. Tak apalah bukan rezeki and maybe rezeki lain pulak. Cuma nak korang hati2 with this guy je, kalau saya makanan dia dh curi inikan barang berharga korang. Stay safe everyone,"
katanya lagi.

Lihat video di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via