Gadis Malaysia Rangkul Pelajar Terbaik & ‘First Class Honours’ Di University Of Manchester
Wow, hebat anak Malaysia!
Cover image via Sinar BestariFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali kisah anak Malaysia yang cemerlang di luar negara tular, pasti ramai yang ikut rasa bangga
Baru-baru ini, seorang pelajar Malaysia yang bernama Iman Mohamad Afif telah mencatat sejarah peribadi yang membanggakan di University of Manchester, United Kingdom.
Menurut laporan Sinar Bestari, Iman yang merupakan alumni Kolej MARA Banting (KMB), baru sahaja dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Tahun Ini untuk program Master of Engineering (MEng) in Chemical Engineering with Energy and Environment.
Bukan itu sahaja, beliau turut meraih Kepujian Kelas Pertama (First Class Honours) iaitu pencapaian akademik yang diidam-idamkan ramai pelajar.

Berita itu dikongsi oleh Pejabat MARA London dan Ireland menerusi hantaran di Facebook
"Kejayaan ini adalah hasil daripada dedikasi, disiplin dan semangat juang yang tinggi. Iman menjadi simbol harapan dan inspirasi kepada generasi muda bahawa dengan usaha gigih dan sokongan yang tepat, tiada impian yang mustahil untuk dicapai," tulisnya.
Apa yang lebih menarik, selain hebat dalam pelajaran, Iman juga aktif dalam bidang debat. Pada tahun 2024, dia muncul Juara Manchester Intellectual Debate bagi kategori Bahasa Inggeris.
Bayangkan, bukan mudah untuk bersaing dalam pertandingan debat di luar negara, apatah lagi dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda. Tetapi Iman berjaya buktikan kemampuannya.

Lihat posting di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



