Gadis Kongsi Tema Baju Raya Tahunan Family Besar Sejak Tahun 2014 – “Memang Sehati Sejiwa”
Bestnya family dia, meriah!
Cover image via @nrakmaa.nzri (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu kita akan mencari warna tema baju yang sama dengan ahli keluarga, betul tak?
Namun, bukan semua orang sporting dan ingin ikut pilihan warna tema yang sama. Pasti akan ada perselisihan faham untuk menentukan satu warna yang dipersetujui semua ahli keluarga.
Lain pula dengan gadis ini apabila dia berkongsi gambar raya tahunan bersama keluarga besarnya telah mencuri tumpuan.
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Threads, gadis itu menunjukkan koleksi gambar raya keluarganya dari tahun 2014 sehingga 2025.




"Setiap tahun family I ada 1 tema yg semua sama, next raya punya tema kitaorang dah tahu siap-siap malam raya tu lagi hahahah punya awal persediaan," katanya.
Apa yang menariknya, bukan saja baju, malah warna tudung pun sedondon
Susulan tularnya posting itu yang kini mendapat 10.3K likes dan 900 shares di Threads, ramai netizen turut memuji effort dan semangat keluarga gadis tersebut.
Malah, aktres dan usahawan, Nur Fazura turut meninggalkan komen buat mereka.







Lihat posting di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



