Founder Kosmetik ‘Belasah’ Pekerja Homestay Lepas Kantoi Rakam Videonya Sedang Mandi

Memang patut hantar ke balai je.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @lyanazhassan77 (TikTok)
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengasas kosmetik, Datin Lyanaz Hassan berang apabila percutiannya bertukar mimpi ngeri selepas dia menjadi mangsa perbuatan jijik seorang pekerja homestay baru-baru ini

Menurut video dan IG storynya, kejadian dipercayai berlaku ketika pengasas produk kecantikan itu sedang mandi dan mendapat tahu seorang lelaki yang juga pekerja homestay tersebut nekad merakam dirinya secara senyap selama hampir lima minit.

Jeritan Datin Lyanaz berjaya membuat suspek panik dan cuba melarikan diri, namun tindakan pantas ahli keluarganya berjaya menangkap lelaki itu di kawasan semak berhampiran.

Jumpa banyak video lucah dalam telefon suspek yang didakwa penagih dadah

Lebih mengejutkan, selepas telefon bimbit suspek diperiksa, rupa-rupanya ada banyak rakaman eksplisit lain yang menimbulkan tanda tanya tentang mangsa sebelum ini.

Datin Lyanaz meluahkan rasa marah kerana membayangkan rakaman itu boleh tersebar dan mencalarkan maruahnya.

Dalam pada itu, penduduk kampung mendakwa lelaki tersebut adalah seorang penagih dadah. Malah, ibunya sempat datang merayu supaya keluarga Datin Lyanaz tidak membuat laporan polis.

Namun, keluarga Datin Lyanaz tetap nekad untuk membawa kes terbabit ke pihak berkuasa kerana bimbang perkara sama boleh berlaku kepada pengunjung lain.

Lihat video penuh di bawah:

@aliffbusu2

Replying to @broohsem ini penjelasan isu yang berlaku dari @lyanazhassan77 . Kes ini telah dirujuk kepada pihak berkuasa dan lawyer . #datinlyanazhassan

♬ original sound – Aliff Busu – Aliff Busu
@lyanazhassan77

Aku akan clear kan semua malam ni jam 8.00 mlm live

♬ suara asli – ƝȺӃکꪊƬȺれ – ƝȺӃکꪊƬȺれ

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS Seismik