Food Court Popular Di PJ Dibuka Semula, Kini Dikenali Sebagai ‘UPtown 7 Eats’
Port legend kini dibuka semula!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Medan selera kegemaran ramai di Petaling Jaya (PJ) kini telah kembali secara rasmi, tampil lebih segar dan selesa berbanding sebelumnya
Tempat makan yang sering dikunjungi ini telah dijenamakan semula dengan nama baharu yang menarik, iaitu UPtown 7 Eats.
Transformasi yang dibawa kali ini benar-benar menjanjikan pengalaman menjamu selera yang jauh lebih baik kepada semua pengunjung.
Sebelum ini, kawasan ini hanyalah ruang terbuka, dicirikan oleh gerai-gerai yang berselerak, meja dan kerusi yang diletakkan di bawah payung besar, membuatkan ia agak kurang selesa, terutamanya pada waktu puncak.
Namun, keadaan itu kini sudah berubah sepenuhnya. Seluruh kawasan medan selera telah dinaik taraf dan diubah menjadi pusat makanan yang berbumbung penuh dan teduh.

Gambar medan selera sebelum renovasi.
Image via Ibrahim Halim/GooglePilihan menu kegemaran tetap dikekalkan
Medan selera ini sememangnya terkenal dengan kepelbagaian hidangan yang ditawarkan untuk pelbagai waktu makan.
Ia merupakan destinasi utama bagi pekerja pejabat mencari makan tengah hari yang cepat dan lazat, serta menjadi tumpuan bagi mereka jika mahu menikmati makan malam selepas tamat waktu kerja.
Pelbagai jenis makanan tersedia, termasuklah hidangan popular seperti Char Kuey Teow yang beraroma, Yong Tau Foo, Rojak, Nasi Campur dengan pelbagai lauk-pauk dan banyak lagi pilihan lain yang menyelerakan.


Pengurusan Damansara Uptown telah membuat pengumuman rasmi mengenai pembukaan semula ruang ini beberapa hari lalu, mengalu-alukan kedatangan semula pelanggan setia mereka.
"Damansara UPtown's food court is back with a fresh new look, improved comfort, and all your favourite food choices under one roof. From local comfort meals to quick bites and hearty classics, come rediscover the flavours you love in a brighter, upgraded space," demikian menurut hantaran yang dikeluarkan oleh Damansara Uptown.
Walaupun rupa luaran dan persekitaran medan selera ini telah berubah secara drastik, satu perkara yang pasti tidak berubah ialah rasa hidangan yang sudah sebati di hati pelanggan.
Pengunjung tidak perlu risau kebanyakan gerai kegemaran yang menjadi tumpuan ramai masih kekal di lokasi mereka.
Antara gerai-gerai popular yang masih mengekalkan kedudukannya dan terus menghidangkan sajian yang digemari termasuklah Steven Western Corner, Yazid Steak, dan D' Thai Eats, bersama-sama dengan puluhan gerai lain yang sentiasa mendapat sambutan hangat daripada komuniti setempat.
Ini bermakna, anda boleh menikmati semula sajian 'klasik' anda cintai, kini dalam persekitaran yang jauh lebih selesa dan moden.


Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 