F&N Tampil Jelaskan Isu Tulisan Hebrew Pada Tin Susu, Tegaskan Tiada Kaitan Dengan Israel

Difahamkan, syarikat tersebut tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan dengan Israel.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah klip video yang tular di TikTok telah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna apabila mendakwa pembungkusan produk keluaran F&N Holdings Bhd (F&NHB) mengandungi tulisan Hebrew dan dikaitkan dengan Israel

Namun, F&NHB tampil menjelaskan perkara sebenar dan menegaskan bahawa syarikat itu sama sekali tidak mempunyai sebarang hubungan perniagaan atau urus niaga dengan Israel.

Dalam satu kenyataan rasmi, F&NHB menjelaskan bahawa produk berkenaan dieksport secara eksklusif untuk pasaran Palestin dan dikilangkan di Food Collection Co. yang berpusat di Bandar Ramallah, Palestin, bukan di Israel.

Menurut syarikat itu lagi, pembungkusan produk tersebut mengandungi tulisan dalam bahasa Inggeris, Arab, dan Ibrani bagi memenuhi keperluan tempatan seperti yang ditetapkan oleh pelanggan di sana.

Dalam pada itu, F&NHB turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memaklumkan mengenai isu berkenaan dan menzahirkan penghargaan atas kepercayaan serta sokongan berterusan pengguna terhadap jenama mereka

"Kami mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah memaklumkan perkara ini kepada kami dan amat menghargai kepercayaan yang berterusan terhadap kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian pengguna kami di 1800-88-1988 atau [email protected]," katanya lagi.

SAYS.com
Image via F&NHB

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik