Filem KL Gangster Bukan Punca Buli Di Sekolah – Aaron Aziz
Banyak faktor lain selain filem genre gangster
Cover image via Skop Productions/UtusanFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon popular Malaysia, Datuk Aaron Aziz, 49, menjawab persoalan filem dengan unsur gengsterisme menjadi punca peningkatan kes buli di Malaysia baru-baru ini
Peningkatan kes buli di Malaysia tahun ini telah meningkat dan menjadi antara perkara yang sangat merisaukan buat ibu bapa seluruh Malaysia.
Kata Aaron Aziz, filem dengan genre aksi mungkin memberi kesan, tetapi banyak faktor lain yang mendorong kepada gejala pembulian di sekolah.
Menurut laporan dari Berita Harian, temuduga Datuk Aaron Aziz ini dibuat ketika acara kempen SocialCeleb di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama.
"Saya tidak nafikan filem gangster mungkin antara puncanya. Sewaktu KL Gangster ditayangkan, memang ada ibu bapa hubungi saya meminta menasihatkan anak mereka yang terpengaruh dengan babak aksi," – tambah Datuk Aaron Aziz.
Beliau menambah perkara ini bukan disebabkan oleh filem semata-mata dan banyak lagi perkara lain termasuk YouTube dan media sosial.

"Semua ini bergantung kepada cara penonton menilai" – Aaron Aziz
Datuk Aaron juga ada mengongsikan pengalaman peribadi beliau membantu beberapa mangsa buli yang mengalami trauma sehingga sanggup membawa pisau ke sekolah kerana terlalu takut.
"Ada kes seorang remaja tidur bersama pisau kerana trauma. Ibu bapanya hubungi saya minta bantuan. Saya pergi jumla dia, berborak dan cadangkan belajar Muay Thai. Alhamdulillah, sekarang dia lebih yakin dan tak lagi trauma," katanya lagi.
Tambahan lagi, Datuk Aaron juga pernah pergi ke sekolah mangsa untuk bersemuka dengan pihak guru yang didakwa lambat membuat tindakan sehingga terpaksa mengatakan pelajar tersebut adalah anak buahnya, barulah pihak sekolah mengambil tindakan.
Datuk Aaron kini bakal tampil sebagai Star Mentor untuk pencarian bakat SocialCeleb yang merupakan penghubung bakat baharu dengan satu mentor selebriti.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



