Filem Animasi Pendek ‘Mambang Slayer’ Buatan Pelajar UiTM Bukti Kehebatan Bakat Pelapis Animasi Tempatan

Lagi banyak frame dari One-Punch Man Season 3.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia mempunyai banyak animasi 3D yang telah menjadi popular di serantau Asia

Bermula dengan Ejen Ali, Boboiboy sehinggalah Upin & Ipin, ramai tidak sedar industri animasi dua dimensi (2D) Malaysia kini dibayangi oleh animasi tiga dimensi (3D).

Namun tidak buat pelajar-pelajar UiTM ini, yang membuktikan animasi 2D masih ada harapan buat negara.

Berjudul 'Mambang Slayer', ini adalah projek filem animasi pendek daripada sekumpulan pelajar UiTM dari fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA).

Animasi dengan durasi 6 minit 18 saat ini tular walaupun baru sahaja dua hari di muat naik ke YouTube.

SAYS.com
Image via The Art of Mambang Slayer

Projek ini diarah oleh Dani Uzair yang juga merupakan Ketua Animasi Mambang Slayer bersama Shahrul (Pelakon Suara/Pereka Logo) , Lutfir (Pereka Karakter/Artis Konsep) dan Amru (Pereka Karakter/Penganimasi).

Mambang Slayer – Pahlawan Melayu berlawan raksasa mistik digelar Mambang

SAYS.com
Image via The Art of Mambang Slayer

Animasi ini menceritakan tiga pahlawan Muslim dalam Malaysia bernama Bad, Rambu dan Rina yang ditugaskan untuk menyelamatkan seorang budak yang telah diculik oleh Mambang.

Ketiga-tiga pahlawan muda ini telah bertungkus-lumus untuk mengalahkan Mambang jahat ini sekaligus menyelamatkan budak tersebut.

SAYS.com
Image via Animation Kingdom FiTA

Banyak aksi dan babak menarik dan pantas dipertunjukkan dan sudah semestinya rekaan karakter yang menarik sesuai dengan setting yang mahu diceritakan.

Hasil rekaan watak-watak dari protagonis sehinggalah antagonis dalam Mambang Slayer mengambil inspirasi dari genre shonen anime dan sudah semestinya beberapa rujukan daripada banyak permainan video.

SAYS.com
Image via Animation Kingdom FiTA

Lebih menarik ketiga-tiga pahlawan ini menggunakan dialek masing-masing dimana Bad menggunakan dialek Pantai Barat, Rambu dialek Kelantan dan Rina dengan dialek Utara.

Netizen di YouTube ramai memuji hasil animasi dan kualiti yang tidak disangka dari pelajar universiti.

SAYS.com
Image via Animation Kingdom FiTA

"Lagi banyak frame daripada one-punch man season 3."

"Power sangat ni. Saya harap kalau selepas bergraduasi nanti sementara belum dapat kerja di mana-mana syarikat animasi, teruskan sahaja buat video-video animasi sebegini di YouTube dan TikTok."

"Animasi industri Malaysia ada pelapis yang bagus. Tak perlu risau lagi kalau macam ini. Teruskan."

Jauh lagi perjalanan industri animasi tanah air tetapi dengan bakat dan tahap pelapis seperti ini, mungkin kerisauan itu akan sedikit reda.

Majulah industri animasi negara!

Ada 21 filem animasi pendek dari kumpulan pelajar yang sama di YouTube Animation Kingdom FiTA yang boleh ditonton.

Nak tahu bagaimana 'Mambang Slayer' terjadi? Layari laman projek Behance Mambang Slayer.

Tonton Mambang Slayer disini:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: