FIFA Akui ‘Tak Mampu’ Nak Gantung Israel Dari Beraksi Di Pentas Bola Sepak Dunia
Presiden FIFA, Gianni Infantino menegaskan FIFA tidak mampu menyelesaikan krisis geopolitik.
Cover image via Daily MailFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Presiden FIFA, Gianni Infantino, menegaskan bahawa meskipun bola sepak tidak mampu menjadi jawapan kepada konflik dunia, sukan itu tetap berperanan besar dalam menyampaikan mesej keamanan dan perpaduan
Menerusi laporan Berita Harian, ketegangan global yang merangkumi tragedi genosid Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza mendorong badan induk bola sepak dunia itu menyatakan pendirian.
"Di FIFA, kami komited menggunakan kuasa bola sepak untuk menyatukan manusia dalam dunia yang berpecah.
"Pemikiran kami bersama mereka yang menderita akibat pelbagai konflik di seluruh dunia. Mesej terpenting yang bola sepak boleh sampaikan ketika ini ialah keamanan dan perpaduan," katanya pada mesyuarat Majlis FIFA di Zurich.
Beliau menegaskan bahawa FIFA sebagai badan induk bola sepak dunia tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan krisis geopolitik, namun tetap memikul tanggungjawab untuk mengangkat nilai penyatuan, pendidikan, budaya dan kemanusiaan melalui sukan berkenaan.

Presiden FIFA, Gianni Infantino.
Image via Swiss InfoIsu sudah lama diteliti tetapi masih tiada keputusan
FIFA kini berdepan tekanan hebat daripada pihak Palestin yang mendesak agar Israel digantung daripada arena bola sepak antarabangsa. Isu tersebut telah berbulan-bulan dalam penelitian, namun masih belum mencapai sebarang keputusan muktamad.
Infantino sebelum ini menekankan bahawa perkara sebegini memerlukan persetujuan bersama konfederasi benua dan perlu ditangani dengan penuh berhati-hati.

Kenyataan beliau hadir sehari selepas Naib Presiden FIFA, Victor Montagliani, menjelaskan bahawa sebarang keputusan mengenai pembabitan Israel dalam pertandingan di Eropah, termasuk kelayakan Piala Dunia, terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa UEFA.
"Pertama sekali, Israel adalah ahli UEFA. Jadi ia bukan isu yang boleh FIFA tentukan sesuka hati. UEFA perlu menguruskannya seperti mana saya berdepan dengan ahli di rantau saya," kata Montagliani ketika ditemui media pada persidangan perniagaan sukan Leaders, Rabu lalu.
Dalam perkembangan semasa, Israel kini berada di tangga ketiga Kumpulan I bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.
Amnesty Antarabangsa turut memperkukuh desakan apabila menghantar surat rasmi kepada FIFA dan UEFA, menuntut agar Persatuan Bolasepak Israel digantung daripada sebarang penyertaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



