Feri Percuma Di Pulau Pinang Sempena Thaipusam Dari 31 Januari Hingga 2 Februari Ini

Waktu perkhidmatan feri turut dilanjutkan sehingga jam 3 pagi pada 2 Februari.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Bernama & TimeOut
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang bersama Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan menyediakan perkhidmatan feri secara percuma kepada warganegara Malaysia pada 31 Januari dan 1 Februari ini bersempena dengan sambutan perayaan Thaipusam

Menerusi laporan Bernama, Pengerusi Suruhanjaya, Datuk Yeoh Soon Hin memaklumkan bahawa tambang percuma ini merangkumi perjalanan dua hala antara Terminal Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan Terminal Raja Tun Uda (PRTU) di bahagian pulau.

Selain itu, waktu perkhidmatan feri turut dilanjutkan sehingga jam 3 pagi pada 2 Februari bagi memudahkan urusan para penganut dan pengunjung.

SAYS.com
Image via Penang Port (Facebook)

Manifestasi komitmen untuk memudahkan perjalanan rakyat Malaysia

Operasi feri akan bermula dari tengah malam 31 Januari sehingga jam 11:30 malam pada 1 Februari, manakala bagi tarikh 2 Februari, perkhidmatan diteruskan dari tengah malam sehingga jam 3 pagi.

"Orang ramai digalakkan untuk merancang perjalanan mereka lebih awal, serta menyemak jadual feri terkini di laman web rasmi atau platform media sosial suruhanjaya dan PPSB," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Datuk Yeoh Soon Hin, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan suruhanjaya dan PPSB dalam memudahkan pergerakan rakyat Malaysia, terutamanya ketika musim perayaan.

Beliau menambah bahawa perkhidmatan percuma ini bertujuan mengurangkan kesesakan trafik di Pulau Pinang, selain mempromosikan pengangkutan awam sebagai pilihan yang mampan dan cekap.

SAYS.com
Image via Business Today

Berdasarkan rekod sambutan Thaipusam tahun lalu, perkhidmatan feri telah mencatatkan sebanyak 25,670 penumpang berjalan kaki dan 7,993 kenderaan roda dua dalam tempoh tiga hari (10 hingga 12 Februari).

Angka tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 3.13 juta penumpang berjalan kaki dan 784,065 kenderaan roda dua yang direkodkan sepanjang tahun lepas.

"Menerusi perkhidmatan feri percuma ini, pengguna dapat menikmati penjimatan perjalanan sehala sebanyak RM2 bagi penumpang berjalan kaki dan RM2.50 bagi kenderaan roda dua,"
jelas beliau.

Sebagai tambahan kepada inisiatif Thaipusam dan sempena sambutan ulang tahun ke-70 suruhanjaya pada tahun ini, Yeoh turut mengumumkan penajaan kempen "Kids Go Free | Thaipusam Special" di Muzium Feri Pulau Pinang.

Program tersebut menawarkan kemasukan percuma ke muzium bagi kanak-kanak warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke bawah, bermula dari 31 Januari hingga 2 Februari.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik