Fenomena Lagu ‘Tabola Bale’, Penyanyi Asal Disambut Meriah Ketika Berada Di Stesen Minyak Malaysia

Sakan berjoget ya haha.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti anda pernah mendengar lagu viral terkini, "Tabola Bale", bukan?

Sejak kebelakangan ini, melodi dan liriknya yang unik semakin menular di pelbagai platform media sosial

Daripada TikTok hingga Instagram, ia mencuri perhatian pengguna dengan rentak yang rancak dan mudah diingati.

Fenomena lagu ini tidak hanya mencetuskan trend tarian dan cabaran lip sync, malah turut menjadi antara lagu paling kerap digunakan dalam video harian, sama ada untuk kandungan lucu, santai mahupun emosi.

Spontan berjoget sebaik lagu diputarkan

Baru-baru ini, tular sebuah klip video di TikTok yang dikongsikan oleh pengguna dikenali sebagai RAE, memaparkan detik menarik pertemuan bersama penyanyi asal lagu viral "Tabola Bale", Juan Reza, di sebuah stesen minyak Petronas.

Ketika kejadian, penyanyi dari Indonesia itu kebetulan berada di dalam kedai stesen minyak berkenaan apabila juruwang tanpa sengaja memutarkan lagu "Tabola Bale" tanpa menyedari kehadiran penyanyinya sendiri.

Situasi itu mencetuskan suasana mencuit hati apabila Juan Reza dilihat spontan menari mengikut rentak lagu yang sedang dimainkan.

"Ketika ketemu penyanyi Tabola Bale di stesen minyak Petronas tiba-tiba cashier putar lagu Tabola Bale kuat-kuat," tulis RAE di ruangan kapsyen video berkenaan.

SAYS.com
Image via @ruslancullang65 (TikTok)

Momen tersebut turut dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan, memperlihatkan orang ramai termasuk pekerja stesen turut sama menari dan bersorak menyertai Juan Reza.

Difahamkan, kunjungan penyanyi berkenaan ke Malaysia adalah bagi menghadiri sebuah persembahan khas.

Kehadirannya nyata mencuri perhatian ramai, khususnya peminat tempatan yang teruja melihat figura di sebalik lagu viral itu muncul secara tidak dijangka.

Lihat video di bawah:

@ruslancullang65

Ketika Ketemu Penyanyi Tabola Bale di station minyak petronas ..Tiba2 Casier Putar lagu Tabola bale kuat2

♬ suara asli – alam_digital – alam_digital

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik