Fenomena Labubu: Patung Edisi Terhad ‘The Monsters x Vans’ Dijual Semula Hingga Cecah RM45,000!

Labubu termahal di dunia baru sahaja dijual di eBay dan mencapai 125 kali ganda harga asalnya.

Enlarge text
Cover ImageCover image via KBizoom
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Khabar angin yang berlegar di media sosial baru-baru ini bukan sekadar gurauan, patung Labubu yang "terpakai" dilaporkan telah dijual pada harga yang sangat mengejutkan dan mencecah hampir RM45,000

Angka luar biasa ini bukan sahaja menarik perhatian komuniti pengumpul mainan, malah turut menimbulkan persoalan ramai. Mengapa patung kecil ini mampu mencecah harga setinggi itu?

SAYS.com
Image via KBizoom

Patung kolaborasi 'The Monsters x Vans' jadi rebutan

Patung yang menjadi bualan ini ialah model The Monsters x Vans Oldskool Vinyl Plush Doll, sebuah patung arca yang dikeluarkan hasil kolaborasi istimewa antara Pop Mart dan jenama kasut global, Vans.

Dikeluarkan pada tahun 2023, patung edisi terhad ini pada asalnya dijual pada harga kira-kira AS$85, atau sekitar RM360.

Namun, harga di pasaran jualan semula melambung tinggi secara drastik. Sebuah patung yang sama telah disenaraikan dan berjaya dijual di platform e-dagang eBay pada harga AS$10,500, yang bersamaan dengan kira-kira RM44,900.

SAYS.com
Image via New York Post

Peningkatan harga yang mencecah lebih 100 kali ganda daripada harga asal ini menunjukkan betapa besarnya permintaan terhadap patung ini.

Selain memakai kasut ikonik Vans, ia dilengkapi baju dan topi dengan tulisan 'The Monsters'. 

Populariti anak patung itu cukup hebat sehingga mencetuskan rusuhan di kedai. Ada antara pelanggan terumanya kalangan pengumpul sanggup beratur awal pagi untuk mendapatkan Labubu. 

Faktor utama di sebalik kenaikan harga gila-gila

Beberapa faktor penting menyumbang kepada fenomena ini, yang melangkaui sekadar mainan:

1. Edisi terhad dan koleksi eksklusif

Patung ini dikeluarkan dalam kuantiti yang sangat terhad, menjadikannya barang yang amat sukar untuk didapati. Pengumpul yang terlepas peluang mendapatkannya pada harga asal sanggup membayar berlipat kali ganda untuk memilikinya, justeru mendorong pasaran "second hand" menjadi sangat aktif.

2. Pengaruh kuasa selebriti (Lisa BLACKPINK)

Populariti Labubu melonjak secara global selepas ahli kumpulan K-pop terkenal BLACKPINK, Lisa, memuat naik gambar koleksi patung Labubu miliknya. Pengaruh besar Lisa di peringkat antarabangsa telah mencetuskan permintaan mendadak, mengubah Labubu daripada sekadar mainan kepada item budaya pop yang dicari.

3. Budaya "blind box" dan nilai kebolehpasaran semula

Sebahagian besar patung Labubu dijual dalam kotak misteri ("blind box"), di mana pembeli tidak tahu patung apa yang akan mereka dapat. Format ini mewujudkan elemen "pemburuan" yang menyeronokkan dan menjadikan patung edisi terhad lebih bernilai. Apabila patung yang rare atau istimewa ditemui, nilai jualan semulanya akan melonjak tinggi, menarik ramai pengumpul dan "scalper" (pembeli untuk dijual semula).

SAYS.com

Patung Labubu 'Catch Me If You Like Me' dijual pada harga AS$2,000 (RM8,600) di platform sama.

Image via New York Post

Untuk rekod, pada tahun lalu juga sebuah anak patung Labubu dikenali sebagai "Catch Me If You Like Me" dijual pada harga AS$2,000 (RM8,600) di platform sama.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik