Fenomena Buih Di Sungai Lepas Hujan Bukan Pencemaran, Ini Penjelasan Saintifik Di Sebaliknya

Admin pun baru tahu, good sharing!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook memaparkan buih di permukaan sungai ketika hujan lebat di sebuah kawasan hutan

Fenomena itu kerap berlaku di kawasan hutan paya gambut, di mana selepas hujan lebat, permukaan air sungai akan dipenuhi dengan buih berwarna putih atau coklat. Ramai menyangka ia berpunca daripada bahan kimia atau sisa buangan, namun hakikatnya ia adalah proses semula jadi yang berlaku dalam ekosistem.

Menurut penjelasan seorang mahasiswa PhD dalam bidang Ekologi dan Genetik Ikan Azamuddeen Nasir, fenomena tersebut berlaku apabila protein dan lemak daripada alga, tumbuhan serta bahan organik yang terurai bercampur dalam air.

SAYS.com
Image via Azamuddeen Nasir (Facebook)

Apabila arus deras mengocak campuran bahan-bahan itu, ia menghasilkan buih organik yang stabil di permukaan air, sama seperti bagaimana sabun menghasilkan buih apabila dikacau atau digoncang

"Buih seperti ini bukan hanya terbentuk di sungai, tetapi kadang-kadang boleh dilihat di permukaan laut juga," katanya.

Dalam video berdurasi dua minit yang dikongsikan olehnya di Facebook, kelihatan buih tersebut terdiri daripada lapisan coklat dan putih, terbentuk secara semula jadi tanpa sebarang campuran bahan kimia.

Menariknya, apabila arus sungai semakin deras, jumlah buih yang dihasilkan turut meningkat sehingga ada kalanya menutupi sebahagian besar permukaan sungai.

Fenomena itu bukan tanda bahaya, sebaliknya menunjukkan bagaimana ekosistem semula jadi masih aktif dan kaya dengan bahan organik.

SAYS.com
Image via Azamuddeen Nasir (Facebook)

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via