Malaysia yang terkenal dengan iklim tropika panas dan lembap sememangnya tidak mengalami musim salji seperti negara empat musim
Namun, satu fenomena luar biasa baru-baru ini mencuri perhatian apabila pembekuan ais dilaporkan berlaku di Gunung Kinabalu.
Menerusi beberapa video tular, kelihatan lapisan ais terbentuk dan 'menjalar' di permukaan kawasan sekitar Substesen Panalaban, yang terletak pada ketinggian kira-kira 3,272.7 meter dari aras laut.
Fenomena tersebut dilaporkan berlaku pada awal pagi Khamis sekitar jam 9.20 pagi dan dikongsikan oleh pasukan Mountain and Cave Search and Rescue (MOCSAR) ketika menjalankan operasi rutin.
Menurut perkongsian daripada komuniti tempatan, keadaan ini berpunca daripada cuaca yang kering serta kelembapan udara yang rendah di kawasan altitud tinggi.
Gabungan faktor ini menyebabkan suhu menurun secara mendadak, sekali gus membolehkan pembentukan ais pada permukaan tumbuhan dan struktur di sekitar kawasan tersebut
Walaupun kelihatan luar biasa, fenomena ini sebenarnya bukan sesuatu yang asing di Gunung Kinabalu. Ia dilaporkan berlaku secara berkala, khususnya ketika keadaan cuaca cerah pada waktu malam hingga awal pagi yang menyumbang kepada penurunan suhu ekstrem.
Sehubungan itu, para pendaki diingatkan supaya sentiasa bersedia menghadapi perubahan cuaca yang tidak menentu. Antara langkah penting termasuk memakai pakaian yang sesuai untuk suhu sejuk, memastikan tubuh kekal terhidrat serta mematuhi segala arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan Taman-Taman Sabah.
Fenomena ini sekali lagi membuktikan bahawa keunikan alam semula jadi Malaysia mampu menghadirkan kejadian luar jangka, meskipun berada di negara beriklim tropika.
Kepingan ais ditemui di beberapa lokasi sekitar puncak Gunung Kinabalu berikutan suhu sejuk mencecah ke takat beku hari ini. Penemuan ais di gunung tertinggi Malaysia itu dikongsikan Pasukan Mountain and Cave Search and Rescue (MOCSAR) ketika menjalankan tugas di sekitar Panalaban pada jam 9.20 pagi tadi. Penemuan ais di Gunung Kinabalu bukanlah perkara baharu, malah berlaku hampir setiap tahun terutama ketika musim kering apabila suhu di puncak gunung jatuh ke paras beku terutama pada awal pagi. #SONGOM#fypシ゚viralシ
KEJADIAN PEMBEKUAN AIS DI SUBSTESEN PANALABAN, TAMAN KINABALU 16 April 2026 | Substesen Panalaban, Taman Kinabalu Dimaklumkan bahawa satu kejadian pembekuan ais telah direkodkan pada 16 April 2026 di kawasan Substesen Panalaban, Taman Kinabalu, pada ketinggian kira-kira 3,272.7 meter dari aras laut. Fenomena ini berlaku susulan keadaan cuaca kering dan kelembapan udara yang rendah di kawasan Gunung Kinabalu sepanjang minggu ini. Keadaan tersebut menyebabkan penurunan suhu yang ketara di kawasan altitud tinggi, lalu mengakibatkan pembentukan ais pada permukaan tumbuhan dan persekitaran base camp Panalaban. Pembekuan ais merupakan fenomena semula jadi yang lazim berlaku secara berkala di kawasan altitud tinggi Gunung Kinabalu, terutamanya ketika cuaca cerah, kering, dan suhu menurun dengan ketara pada waktu malam hingga awal pagi. Sehubungan itu, semua pendaki, malim gunung, porter, dan petugas di kawasan Panalaban dinasihatkan agar: 1. Memakai pakaian yang bersesuaian dengan cuaca sejuk; 2. Mengekalkan tahap hidrasi badan; dan 3. Mematuhi arahan keselamatan daripada pihak pengurusan dan petugas Taman-Taman Sabah. Pihak Taman-Taman Sabah akan terus memantau perkembangan cuaca dan suhu di kawasan altitud tinggi bagi memastikan keselamatan pengunjung dan petugas sentiasa terjamin. Info & Foto: Julaimin Kamin
Kepingan ais ditemui di beberapa lokasi sekitar puncak Gunung Kinabalu berikutan suhu sejuk mencecah ke takat beku hari ini. Penemuan ais di gunung tertinggi Malaysia itu dikongsikan Pasukan Mountain and Cave Search and Rescue (MOCSAR) ketika menjalankan tugas di sekitar Panalaban pada jam 9.20 pagi tadi. Video dan gambar penemuan ais itu dikongsikan kepada Info X. Penemuan ais di Gunung Kinabalu bukanlah perkara baharu, malah berlaku hampir setiap tahun terutama ketika musim kering apabila suhu di puncak gunung jatuh ke paras beku terutama pada awal pagi.