Fazura Gagal Tahan Air Mata, Terima Busana Khas Ada Gambar Dengan Arwah Bapa
Tolong, mata admin masuk habuk!
Cover image via @ajim_salleh (TikTok)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelakon, Nur Fazura tidak dapat menahan sebak ketika menerima sepasang busana yang direka khas buatnya untuk Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini
Menerusi perkongsian video di TikTok @ajim_salleh, busana yang direka oleh Zaimi Zulkafli itu menunjukkan gambar Fazura bersama arwah bapanya di bahagian veil.
Bukan sahaja cantik, malah pakaian tersebut memberikan makna yang sangat besar buat Fazura kerana semua sedia maklum, pelakon itu sangat merindukan arwah bapanya.
Fazura mengucapkan terima kasih banyak kali kepada pereka fesyen tersebut sebagai tanda benar-benar menghargai pemberiannya.


Dalam pada itu, Fazura kelihatan anggun menggayakan busana gabungan warna hitam, putih dan kelabu itu di pertunjukan fesyen Zaimi Zulkafli semalam, 10 Ogos 2025


Menerusi perkongsian di IG storynya, Fazura turut bergambar bersama pelakon popular lain di KLFW termasuk Mira Filzah, Daiyan Trisha, Qasrina Karim dan ramai lagi.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut sebak melihat reaksi Fazura ketika pertama kali melihat busana tersebut. Tidak kurang juga, ramai memberikan kata-kata semangat buat Fazura.
Antara komen netizen di TikTok:




Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



