Farah Lee Seru Semua Orang Untuk Fokus Misi Gaza & Bukan Kepada Aktivis – “Saya Segan Berada Di Sini”
"Misi ini bukan tentang kami, tapi tentang Gaza" – Farah Lee.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pempengaruh dan aktivis, Farah Lee menegaskan dan mengingatkan orang ramai tentang misi Gaza dalam ucapannya di Himpunan Solidariti Bersama Gaza: Gelombang Malaysia, Palestin Merdeka di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam
Menerusi video dari siaran langsung TV1 yang dikongsi di media sosial, Farah berkata beliau merasa segan diraikan rakyat Malaysia dan minta semua untuk fokus pada perjuangan mereka untuk Gaza.
"Saya segan berada dekat sini sebab misi ni bukan tentang kami, misi ni tentang Gaza, tentang merobohkan kepungan yang berlaku di Gaza, tentang memberikan tekanan kepada dunia yang menyokong penderitaan ethnic cleansing dan genosid rakyat Gaza, Palestin," katanya.

Yakin kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk membebaskan aktivis yang ditahan di Israel
"Misi ini juga membangkitkan suara rakyat untuk bersama-sama menjadi wakil untuk mereka di Palestin untuk pembebasan Al Aqsa dan Palestin.
"Saya tahu ada beberapa rakyat Malaysia yang telah dipintas pada pagi tadi dan masih dalam tahanan Israel. Tapi saya tahu kerajaan Malaysia sedang berusaha keras membebaskan mereka secepat mungkin," katanya lagi.


Lihat video di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 