Fan Bingbing Tampil Anggun & Bergaya Dengan Busana Kebaya Kuning Cair Di Istiadat Diraja

Cantiknya Datuk Fan!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon antarabangsa China, Fan Bingbing tampil anggun menggayakan kebaya berwarna kuning cair ketika upacara Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka

Beliau dianugerahkan gelaran Datuk baru-baru ini sebagai tanda penghargaan terhadap peranan dalam mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan global.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Datuk Fan berkongsi tentang apa yang beliau paling suka tentang Malaysia.

"Salah satu perkara yang paling saya suka tentang Malaysia ialah fesyen pelbagai budaya. Memakai kebaya kurung, kebarung, atau nyonya membuatkan saya berasa sebahagian daripada budaya yang indah ini," katanya.

Pada Mei tahun lalu, Fan telah dinamakan sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka, dan dalam tempoh kurang tiga bulan, negeri itu telah menerima sebanyak 1.2 bilion carian dalam talian

Difahamkan, Melaka mencatatkan lebih 320 juta carian manakala carian atas nama Bingbing pula melebihi 800 juta carian di platform seperti WeChat dan Weibo.

Lihat posting di bawah:

SAYS.com
Image via Fan Bingbing 范冰冰 (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via